Kilang Penghasilan Lingzhi Yang Paling Besar Dan Profesional ~ Yung Kien Industrial Corporation

Alamat: No 3-8, Shi-Chou Liao, Ching Shui Li, Yen-Shui District, Tainan, Taiwan, 737, R.O.C
Tel: +8866 652 5128
Fax: +8866 652 8318
Email: ykn.y90@msa.hinet.net

Tentang Kilang Yung Kien

Nama penuh Kilang Yung Kien ialah Yung Kien Industrial Corporation, terletak di Pekan Yen-Shui, Daerah Tainan. Ia didirikan pada Oktober 1993, keluasannya 19,835m², (saiz sebesar 50 buah gelanggang bola keranjang). Matlamat penubuhan Kilang Yung Kien ialah untuk mengawal kualiti dan penghasilan produk-produk. Bermula dari proses kajian, pembiakan baka Lingzhi, penghasilan bahan mentah, sehingga proses penghasilan, pemeriksaan kualiti dan penghantaran stok, semua proses itu adalah dikawal secara ketat dan sepenuhnya supaya mencapai standard kawalan yang paling sempurna.

Kilang Yung Kien merupakan kilang penghasilan Lingzhi yang terbesar dan berteknologi tinggi di Taiwan. Penggunaan ”Kaedah Pengekstrakan 2 Fasa” yang moden telah dikawal sepenuhnya dengan komputer dari segi kawalan masa, suhu dan seluruh proses penghasilan. Cara ini dapat mengelakkan kelalaian manusia dan pencemaran mikroorganisma supaya mencapai kemahiran profesional yang betul-betul berkualiti tinggi. Siri produk Lingzhi yang dihasilkan oleh Kilang Yung Kien telah dijual dan dipasarkan ke seberang laut.

Pengenalan Kilang

Kilang utama (kilang penghasilan, Institut R&D Bioteknologi, Pusat Sains Lingzhi, pusat pentadbiran, restoran staf), kilang sampingan (Pusat Pembiakan Lingzhi, ladang kajian dalaman, stor), bilik multimedia, asrama staf, gelanggang bola keranjang dan lain-lain.

Perancangan kilang adalah sepenuhnya berdasarkan cara selangan penghalang habuk yang termoden, direka mengikut standard penubuhan kilang makanan GMP di Taiwan. Setiap proses dikawal oleh komputer secara automatik. Di dalam kilang, juga disediakan kemudahan sampingan yang lengkap, termasuk kilang pengurusan air dan air buangan.

Pusat Sains Lingzhi

Sebuah “Pusat Sains Lingzhi” juga didirikan di dalam kilang. Berbagai jenis maklumat Lingzhi yang jarang dilihat dan sangat berharga, sampel dan baka Lingzhi, berbagai-bagai jenis produk Lingzhi disimpan dalam Pusat Sains Lingzhi untuk tujuan penyelidikan dan sebagai pusat intelektual. Ia merupakan pusat pertama di dunia yang didirikan khas untuk menyelidik Lingzhi.

Di dalam Pusat Sains Lingzhi juga dibentuk ”Pusat Pembiakan Baka” dan ”Ladang Ujian Dalaman” di mana Lingzhi di berbagai peringkat ekologi dipamerkan supaya semua pelawat dapat menyaksikan keadaan pertumbuhan Lingzhi. Melalui ”Sejarah Hidup Lingzhi”, ”Pameran Badan Buah Lingzhi Yang Berlainan Baka”, ”Pembezaan dan Klasifikasi Lingzhi”, para pelawat dapat memahami Lingzhi dengan sepenuhnya dan meninggalkan impresi yang mendalam terhadap Pusat Sains Lingzhi.

Akreditasi & Pengiktirafan

Pengakuan Antarabangsa dan Kejayaan di Seluruh Dunia

Berasaskan prinsip menghasilkan produk paling berkualiti, berbagai kemudahan dan peralatan moden serta canggih telah diperolehi. Pelaburan ini dibuat bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti dan mencungkil kemahiran pakar-pakar. Kilang yang menjangkaui standard antarabangsa ini berjaya memperoleh:

Siri produk yang dihasilkan oleh Kilang Yung Kien juga memperoleh berbagai akreditasi dan pengiktirafan termasuk: