Misi
BUDAYA KELUARGA
Shuang Hor menggabungkan Budaya Keluarga dengan Lima Prinsip Utama. Dalam perniagaan Shuang Hor, para rakan pengedar dapat saling menyokong, malah dapat merasai nilai perniagaan hasil daripada pemupukan Lima Prinsip Utama yang dialami sendiri oleh mereka, lantas berjaya memiliki kebebasan luar biasa dan kehidupan bahagia yang penuh bermaruah. Berikutan peredaran masa, perniagaan Shuang Hor diwarisi dari generasi ke generasi. Contoh kes kejayaan pewarisan perniagaan Shuang Hor dalam keluarga telah membuktikan keutuhan konotasi inti pati Budaya Keluarga. Sehingga kini, reputasi indah Budaya Keluarga unik perniagaan Shuang Hor telah tersebar luas, sudah mula bercambah di seluruh pelosok dunia, tidak terhingga banyaknya keluarga yang berjaya memperoleh kehidupan bahagia yang diidamkan mereka.
5 Prinsip Utama
Lima Prinsip Utama yang dianjurkan oleh Shuang Hor ialah asas penting kehidupan manusia. Kami percaya kepada penyebaran dan pemberian: “Memberikan Kesihatan, Memberikan Keyakinan, Memberikan Harapan, Memberikan Kejayaan, Memberikan Kegembiraan kepada orang lain” sebagai Lima Prinsip Utama. Dalam proses memberi dan menerima, kehidupan manusia menjadi lebih kaya dan sempurna!
Membawa Kesihatan
Falsafah perniagaan Shuang Hor ialah kejujuran dan integriti, dan falsafah ini disampaikan kepada setiap warga Shuang Hor supaya dijadikan prinsip tatalaku dalam mengendalikan perkara dan kehidupan mereka. Dan Budaya Keluarga unik Shuang Hor pula menjadikan setiap warga Shuang Hor dipenuhi semangat berkobar-kobar dan rasa kasih. Dengan yang demikian, ia bukan sahaja telah menghangatkan diri mereka tetapi juga orang lain. Selain itu, Shuang Hor juga telah mencipta satu persekitaran perniagaan yang murni dan kondusif bagi meningkatkan kualiti keperibadian diri warga Shuang Hor; semua ini memang tidak terjangkau oleh perniagaan lain. Di samping itu, Shuang Hor juga mengorientasikan kesihatan, menyelidik dan membangunkan banyak produk yang berkualiti unggul bagi memperbaik keadaan kesihatan diri dan pada masa yang sama turut meningkatkan kesihatan orang lain. Oleh yang demikian, asalkan anda menjadi warga Shuang Hor, anda akan memperoleh perkembangan yang seimbang dari segi fizikal, mental dan konsep pemikiran agar anda menjadi seorang yang benar-benar sihat dari semua segi, secara menyeluruh, membina keyakinan diri yang lebih utuh.
Membawa Keyakinan
Shuang Hor menekankan pengesahan diri dan menghormati orang lain. Oleh itu, dalam interaksi interpersonal perniagaan Shuang Hor, kita semua dapat merasai nilai hidup diri yang tinggi dan kemuliaan maruah keperibadian. Disebabkan Shuang Hor mempunyai Budaya Keluarga, maka dalam perniagaan Shuang Hor kita tidak mungkin bersendirian dan tidak akan disisihkan, setiap warga Shuang Hor akan saling menggalakkan, saling menyokong, kerana kita adalah satu keluarga yang rapat. Yang lebih penting lagi, perniagaan Shuang Hor penuh dengan semangat dan tenaga yang menjadikan setiap warga Shuang Hor lebih aktif menjalani kehidupan yang penuh keyakinan diri. Ditambah pula di sini terdapat banyak peluang untuk belajar dan berjaya, maka setiap warga Shuang Hor boleh terus meningkatkan diri dan memperteguh keyakinan, dengan adanya keyakinan kita dapat mengejar impian dan merealisasikannya, malah membawakan harapan yang tidak terbatas.
Membawa Harapan
Shuang Hor tahu bahawa kecergasan hidup manusia bersumberkan harapan. Dengan harapan, kehidupan yang dijalani akan berasa berisi dan lebih bermakna. Dan “Harapan” pula berpunca daripada matlamat yang ditetapkan. Perniagaan Shuang Hor ibarat sebuah penunu yang amat besar, api yang marak membuatkan setiap ketul arang membakar dengan semahu-mahunya, sama seperti setiap warga Shuang Hor yang dipenuhi semangat berkobar-kobar, penuh dengan harapan; tidak kira sama ada dalam kehidupan mahupun terhadap matlamat perniagaan, semuanya menjadi begitu jelas dan berwawasan malah lebih bersemangat berusaha demi impian dan matlamat yang ingin dicapai. Selain itu, Shuang Hor bukan sahaja sebuah perniagaan yang berwawasan malah mempunyai asas perniagaan selama beratus tahun serta berskala pengurusan mampan. Dengan kata lain, Shuang Hor ialah sebuah perniagaan yang realistik, berusahalah secara tekun langkah-demi langkah, bersandarkan kebijaksanaan dan keberanian untuk membina perniagaan. Di sini anda bukan sahaja nampak hari esok malah juga hari-hari yang mendatang. Oleh itu, setiap orang mempunyai harapan untuk melangkah ke arah kejayaan kerana Shuang Hor ialah sebuah persekitaran besar yang berjaya.
Membawa Kejayaan
Shuang Hor memahami bahawa setiap orang dalam proses menjalani kehidupan berharap dapat mengekspresikan diri, memberi sumbangan kepada masyarakat, mencipta nilai untuk kehidupan. Dalam perniagaan Shuang Hor kami menggunakan “KEJAYAAN” sebagai penentu nilai. Dan lingkungan kejayaan ini pula meliputi semua, misalnya: tingkah laku dalam menghadapi orang lain dan melakukan kerja, asalkan kita sendiri berasa puas hati, orang pun akan menghargainya secara ikhlas; inilah kejayaan. Oleh yang demikian, kami menyarankan setiap warga Shuang Hor jangan sekali-kali melepaskan impian anda kerana dengan adanya impian anda akan terus meningkatkan diri; dan persekitaran Shuang Hor pula sangat positif dan kondusif lalu warga Shuang Hor dengan mudah sahaja dapat memajukan diri, dan kejayaan pula terbina di atas setiap langkah kemajuan ini. Jadi, asalkan anda mempunyai impian, sanggup bertabah, tidak kira sama ada dalam menjalani kehidupan sebagai manusia atau mengusahakan perniagaan, anda pasti dapat mencapai kejayaan dengan mudah di Shuang Hor kerana Shuang Hor ialah suri teladan kejayaan yang terunggul.
Membawa Kegirangan
Shuang Hor ialah sebuah perniagaan berkumpulan, keharmonian dalam interaksi interpersonal amat penting. Oleh itu, tidak kira dalam kehidupan mahupun pengurusan perniagaan, kita harus menjadikan keikhlasan sebagai titik permulaan malah bersikap gembira untuk menghadapi kehidupan. Dengan cara ini, bukan kita sahaja berasa gembira malah orang di sekeliling kita juga akan terasa kegembiraan itu. Shuang Hor tahu, dalam perjalanan anda melangkah dalam kehidupan mahupun ke arah mencapai matlamat perniagaan, memang tidak terelakkan akan bertembung dengan kegagalan dan halangan, tanpa bantuan daripada orang di sisi mungkin keberanian dan keazaman kita akan terhakis lalu sukar bagi kita untuk terus melangkah ke hadapan. Oleh yang demikian, warga Shuang Hor mesti mengamalkan tatalaku bertutur baik, melakukan hal-hal yang baik sebagai prinsip melayan orang lain supaya setiap tutur kata dan tingkah laku bukan sahaja menimbulkan rasa gembira untuk diri sendiri malah orang lain juga dapat merasakan kegembiraan yang sama. Dengan cara ini, kita semua dapat mencapai matlamat yang dijangkakan dengan lebih mudah dan lancar, sama ada dalam kehidupan mahupun dalam perniagaan.
Kesimpulan:
Dengan ini jelaslah bahawa Lima Prinsip Utama Shuang Hor ialah semangat dan matlamat perniagaan lestari. Ia bukan sahaja merupakan nilai perniagaan Shuang Hor malah menonjolkan gaya dan budaya korporat unik Shuang Hor. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan Lima Prinsip Utama Shuang Hor, akan muncullah suasana kehidupan yang sempurna.
Secara keseluruhannya, disebabkan warga Shuang Hor berpegang pada Lima Prinsip Utama ini, mereka dapat membantu diri dan orang lain “memperoleh kesihatan”, “memulihkan keyakinan”, “menemui harapan”, “mencapai kejayaan” dan “dipenuhi kegembiraan”, inilah nilai hebat yang dicipta oleh perniagaan Shuang Hor, dan inilah juga yang menjadikan perniagaan Shuang Hor berbeza daripada perniagaan lain. Maka jelaslah bahawa Shuang Hor ialah persekitaran baik yang paling berjaya memperlihatkan sisi baik manusia, sebab itulah perniagaan Shuang Hor ialah sebuah perniagaan hebat yang paling bermaruah.
Selamat datang, semoga anda diberkati sebagai warga Shuang Hor. Semasa anda mengembara bersama Shuang Hor, anda akan mendapati bahawa inilah tempoh yang paling bermakna sepanjang hayat anda malah yang paling gilang-gemilang.