Kembali CETAK

Bahan-bahan: Kolagen Hidrolisis (Sapi), Xylitol, Isomaltulose, Inulin, Lemon Verbena, D-Ribosa, Tri-Kalsium Fosfat dan Perisa Teh Jasmine.

Fungsi-fungsi:

  • Sejenis minuman berkhasiat semula jadi yang dihasilkan dengan bio-teknologi.
  • Menambahkan kolagen yang tidak dapat dihasilkan sendiri apabila usia meningkat, ia dapat menguatkan tulang rawan di siku dan tulang, mengurangkan tanda-tanda radang, mengurangkan rasa sakit semasa pergerakan dan menjaga kesihatan sendi.
  • Kolagen hidrolis yang bermolekul kecil dapat memperbaiki tisu-tisu kulit secara terus, mengekalkan kesihatan, keserian dan kekenyalan kulit.
  • Lemon Verbena ialah sejenis herba semula jadi, ia berfungsi untuk menentang radang, menyahtoksin, menghilangkan panas, melancarkan kencing, mempergiatkan fungsi sistem penghadaman dan menguatkan hati.
  • Penambahan teh Jasmine membawa rasa yang menyegarkan. Ia boleh diminum secara sejuk atau panas bersama minuman tidak berkarbonat yang lain.
  1. Kolagen ialah sejenis protein, Vitaking kaya dengan Kolagen Hidrolis, adakah pengambilan Vitaking boleh membebani buah pinggang?
    Jawapan: Tidak, kerana protein yang terkandung dalam Vitaking ialah Kolagen Hidrolis, ia sangat mudah diserap dan tidak akan membebani buah pinggang.

  2. Bolehkah budak di bawah umur 12 tahun makan Vitaking?
    Jawapan: Boleh, sebenarnya budak di bawah 12 tahun tidak memerlukannya kerana badan mereka dapat menghasilkan Kolagen dengan banyak. Bagi budak-budak yang selalu mengalami hidung berdarah atau kecederaan membran mukus, mereka boleh makan 1 paket setiap hari.

  3. Bolehkah wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu bayi makan Vitaking?
    Jawapan: Wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu bayi boleh makan 1 paket Vitaking setiap hari.

  4. Bolehkah mereka yang tiada masalah sakit sendi makan Vitaking?
    Jawapan: Tentulah boleh kerana mencegah lebih berkesan daripada merawat. Kita menggunakan sendi dan tisu-tisu di seluruh badan tiap-tiap hari. Pengambilan Vitaking boleh memastikan sendi dan tisu badan mempunyai Kolagen yang cukup untuk menjalankan kerja pemulihan.

  5. Bagaimanakah Vitaking dapat mencantikkan kulit?
    Jawapan: Kolagen Hidrolis ialah bahan utama untuk pembentukan kulit. Kulit menjadi sihat jika bahan itu cukup. Selain itu, Vitaking juga mengandungi Lemon Verbena yang dapat menghilangkan radang dan bengkak di kulit, seterusnya mencantikkan kulit.

  6. Lemon Verbena ialah sejenis agen penenang yang dapat menghilangkan radang, adakah hanya berfungsi untuk radang sendi? Atau juga berkesan untuk radang di bahagian lain seperti kerongkong, bengkak dan lain-lain?
    Jawapan: Tentulah berkesan, Lemon Verbena bukan sahaja berkesan untuk menghilangkan radang di sendi, malah juga berkesan untuk radang di bahagian lain.

  7. Vitaking membawa rasa manis, bolehkah diminum oleh pesakit kencing manis?
    Jawapan: Boleh, pesakit kencing manis juga boleh makan Vitaking kerana ia tidak mempengaruhi nilai gula darah.

  8. Adakah krisis penyembuhan dialami selepas makan Vitaking?
    Jawapan: Mungkin sesetengah orang akan berasa kebas atau agak sakit di bahagian sendi yang sakit itu, sesetengah orang pula berasa sendi tidak bertenaga, sebenarnya keadaan itu adalah normal kerana kerja pemulihan sedang dijalankan pada bahagian yang sakit. Kesakitan akan hilang selepas makan Vitaking untuk satu jangka masa.

  9. Mengapakan kita berasa badan panas selepas makan Vitaking untuk beberapa hari?
    Jawapan: Kita mesti minum air yang banyak selepas makan apa-apa produk kesihatan kerana air diperlukan untuk melarut serta menambah kesan kandungan dalam produk kesihatan. Vitaking juga memerlukan air yang banyak untuk memperbaiki bahagian sendi. Oleh itu sesetengah orang akan berasa panas, cara penyelesaiannya ialah minum air dengan banyak.

  10. Apakah perbezaan di antara Vitaking dengan Glukosamin?
    Jawapan: Kedua-duanya ialah kandungan penting dalam tulang rawan. Glukosamin boleh digambarkan sebagai simen, manakala Kolagen digambarkan sebagai batu, iaitu bahan yang penting dalam pembinaan. Kolagen Hidrolis yang terkandung dalam Vitaking dapat membekalkan bahan untuk penghasilan tulang rawan secara terus serta mempergiatkan pertumbuhan semula tulang rawan.

  11. Bilakah masa terbaik untuk makan Vitaking?
    Jawapan: Vitaking boleh dimakan selepas kenyang atau semasa perut kosong. Ia lebih mudah diserap oleh badan semasa perut kosong.

  12. Adakah pengambilan Vitaking boleh mendatangkan kesan sampingan?
    Jawapan: Tidak, kerana Vitaking ialah sejenis makanan yang tiada kesan sampingan dan selamat dimakan.

  13. Adakah pengambilan Vitaking boleh mempengaruhi ubat yang sedang dimakan?
    Jawapan: Tidak, kerana Vitaking ialah sejenis makanan kesihatan yang tiada kesan sampingan. Ia adalah selamat dimakan dan tidak akan mempengaruhi ubat yang sedang diambil oleh seseorang.