Kampung Lingzhi ~ Taman Bioteknologi Lingzhi

Alamat: No.35-1, Mu-Chi Liao, Fu-Shan Li, Pai-Ho District, Tainan, Taiwan.

Tentang Kami

Pusat penanaman Lingzhi ini ditubuhkan oleh Kumpulan Shuang Hor pada tahun 1994 untuk membiak Lingzhi yang berkualiti tinggi, dengan keluasan 48,000m², Taman Bioteknologi Lingzhi terletak di pekan Paiho, daerah Tainan. Cuaca di situ panas dan lembap sepanjang tahun, serta mempunyai pancaran matahari yang terik. Tempat sebegini adalah paling sesuai untuk penanaman Lingzhi.

Rumah Hijau Lingzhi Yang Saintifik

Untuk menentang kesan kehangatan global yang semakin teruk, Kumpulan Shuang Hor telah menghasilkan bahan mentah Lingzhi yang berkualiti dan konsisten, mempertingkatkan kuantiti penghasilan serta membuka era baru untuk produk-produk Lingzhi. 2 buah ladang Lingzhi berupa rumah hijau yang paling profesional dan terbesar di dunia telah didirikan di pekan Paiho, Tainan. Pembinaan rumah hijau ini bertujuan menghasilkan baka Lingzhi yang luar biasa, menggunakan teknologi penanaman yang paling profesional untuk membimbing bioteknologi Lingzhi ke abad baru.

Rumah hijau Lingzhi ialah sebuah ladang dalaman yang bertaraf 5 bintang. Ia membentuk persekitaran terbaik untuk penanaman Lingzhi di mana rumah hijau dikawal sepenuhnya dengan computer, mengesan suhu dan kelembapan luaran serta dalaman sepanjang masa. Jadi rumah hijau tidak dipengaruhi oleh suhu atau kelembapan di luar, ini dapat memastikan pertumbuhan Lingzhi secara stabil dan berkeadaan baik. Oleh kerana syarat-syarat tertentu dapat ditetapkan untuk menanam baka bahan mentah yang berlainan jenis, jadi produk yang lebih berkualiti dapat dihasilkan. Di samping itu, Lingzhi dapat ditanam sepanjang tahun di dalam rumah hijau, ini dapat mengelakkan kemerosotan kualiti akibat malapetaka dan pencemaran alam sekitar. Jadi kualiti dan bahan mentah Lingzhi menjadi lebih stabil dan konsisten, seterusnya dapat dihasilkan secara besar-besaran untuk memenuhi keperluan pasaran.