Kembali

Seminar Luar Negeri Vice Manager 2017 - ZhangJiaJie


Detik-detik Menarik Seminar Luar Negeri Vice Manager Cemerlang Shuang Hor 2017 - Zhangjiajie, China

Menjelajahi Taman Firdausi Dunia:

Zhangjiajie Meninggalkan Kenangan Tak Ternilai


Zhangjiajie, sebuah taman firdausi dunia yang serba menakjubkan. Pada 20 dan 21 Mac yang lalu, para rakan pengedar Shuang Hor dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Myanmar telah terbang dari negara masing-masing ke destinasi yang satu, iaitu Zhangjiajie untuk berkumpul dan memulakan penjelajahan di taman firdausi dunia.
Pada perjalanan kali ini, para pengedar Shuang Hor telah melawat Tasik Baofeng yang terletak di gaung tinggi, Yuanjiajie - “Dunia Pandora” yang penuh misteri, Gunung Tian Men yang menjadi nadi Zhangjiajie, serta juga Gunung Tianzi yang dikatakan jika seseorang itu sudah pernah melihat Gunung ini, dia tidak akan pandang lagi gunung lain di dunia ini bagi menggambarkan betapa luar biasa indahnya Gunung Tianzi. Tatkala menikmati keindahan pemandangan tempat ini, mereka juga tidak lupa menikmati makanan istimewa tempatan malah berpeluang juga menghayati kebudayaan kaum kerabat penduduk tempatan!