Kembali

Chong Ket Kiong
Double Diamond

Lebih 20 tahun bersama Shuang Hor, Double Diamond Chong Ket Kiong telah berubah daripada seorang pengguna kepada seorang pemimpin. Bagi beliau, ini bukanlah kebetulan, tetapi strategi kerjaya dengan matlamat yang jelas dan rentak yang stabil.

"Tiga tahun untuk memasuki industri, lima tahun untuk memahaminya, dan sepuluh tahun untuk menguasainya. Dari Diamond ke Double Diamond, saya mengambil masa kira-kira setahun. Ramai yang bertanya saya tentang rahsia kejayaan, ia sebenarnya sangat mudah — ‘Jangan sesekali lupakan niat asal anda.’ Berterusan setiap hari dalam mempermudah tugasan yang rumit, dan mengulang pekara-pekara yang ringkas. Apabila mencapai kesempurnaan dalam perkara-perkara ini, secara semula jadi akan datang hasilnya."

Lebih penting lagi, adanya “kuasa replikasi” yang diwujudkan oleh Sistem Shuang Hor. Chong Ket Kiong berkongsi bahawa kekayaan terbesar yang boleh dicipta oleh seseorang terletak pada replikasi yang berterusan. Membina pasukan dengan cara replikasi dan mereka akan menjadi sokongan yang paling kuat.

Chong Ket Kiong berkongsi bahawa selepas mencapai status Double Diamond, beliau akan fokus kepada “mendalam dan memperkukuhkan rangkaian,” dengan meluangkan masa dua tahun untuk mengukuhkan lagi asas pasukannya, dan membantu downlinenya membina pasukan masing-masing.

Beliau menggalakkan semua bahawa selagi mereka melakukan peranan sendiri dengan baik, semua boleh menjadi watak utama. Manakala misinya adalah untuk memimpin downlinenya untuk mencapai misi Shuang Hor dan bersinar di pentas kehidupan.