Tan Siew Nee & Fong Siew Cheong
Pasangan Diamond
Pasangan Diamond

Tahun 2020 semasa pandemik melanda, dunia seolah-olah diberhentikan. Diamond Tan Siew Nee mula perlahankan langkah, tenangkan diri dan merenung semula kehidupan. Dengan pengalamannya di bidang pemasaran selama 20 lebih tahun, beliau peka terhadap kecenderungan pasaran dan membuat perancangan lebih awal. Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau telah menubuhkan laman Facebook untuk mempromosikan produk Shuang Hor dan mula mempaparkan kandungan.
Tan Siew Nee telah menyaksikan kuasa replikasi melalui momentum yang luar biasa dari Pelan Pemasaran Kopi 111. "Replikasi yang berkesan adalah seperti membuka cawangan-cawangan yang banyak. Jika anda membimbing downline dengan baik, mereka akhirnya akan memimpin pasukan yang terdiri daripada ribuan orang." Manakala cara yang paling langsung untuk mencapai replikasi adalah melalui pendidikan. Beliau percaya bahawa perniagaan Shuang Hor sejalan sepenuhnya dengan ideologinya dalam pengajaran. "Bagi saya, pendidikan adalah satu proses di mana satu kehidupan mempengaruhi kehidupan yang lain. Ia adalah perasaan yang luar biasa."
Jadi, beliau mula membuat pembelajaran secara mendalam serta merancangkan strategi. Pada masa yang sama, beliau juga menganjurkan sesi kuliah untuk berkongsi hasil pembelajaran kepada downline. Dengan begini, melalui perkongsian dan pendidikan yang konsisten, beliau secara beransur-ansur membina asas yang kukuh untuk kerjaya Shuang Hor. Tan Siew Nee berkata bahawa hasil tidak akan muncul semalaman, tetapi usaha yang konsisten akhirnya akan menjadi kunci kejayaan. Status Diamond yang dimiliki oleh Tan Siew Nee adalah bukti yang terbaik. Melihat ke hadapan, beliau bersama dengan suaminya, Diamond Fong Siew Cheong akan bekerjasama rapat dalam menyokong dan membimbing downline untuk menuju ke arah kejayaan!
