Kembali

Naing Aye & Aye Hnin Myo
Pasangan Gold Diamond

Pada suatu masa dahulu, Gold Diamond Naing Aye juga ingat itulah takdiran nasibnya untuk hidup secara sederhana sepanjang hayat, tetapi beliau tidak berputus asa dalam mencari peluang untuk ubah nasib. Percikan api di dalam dadanya akhirnya membara dengan harapan selepas beliau bertemu dengan Shuang Hor. Semasa kali pertama menyertai mesyuarat Shuang Hor, kisah hidup para pemimpin Diamond dan pelan pemasaran yang ringkas telah menyentuh hatinya, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Shuang Hor dan cuba mencipta kejayaan melalui platform ini.

Di samping itu, Gold Diamond Aye Hnin Myo juga datang ke Singapura dari Myanmar, demi meneroka peluang dalam kerjaya. Indahnya aturan jodoh, nasib Naing Aye dan Aye Hnin Myo telah bersilang di Shuang Hor. Pasangan yang saling bercinta ini lalu membina keluarga dan berganding tangan mengusahakan kerjaya Shuang Hor.

Mereka mengusahakan perniagaan Shuang Hor selepas waktu kerja. Biarpun mereka terpaksa mengorbankan masa untuk berehat dan beriadah, tetapi mereka rasa ia berbaloi kerana Shuang Hor membawakan ganjaran yang sungguh berharga. Mereka sentiasa berasa sungguh gembira apabila mendapati perkongsian dan perkhidmatan ikhlas mereka diterima oleh rakan-rakan, dan membantu mereka meningkatkan kesihatan.

Dengan itu, organisasi mereka mula berkembang maju, dan seterusnya membantu mereka mencapai status Gold Diamond. Pada masa hadapan, mereka akan terus memainkan peranan sebagai ibu bapa dengan baik, dan mewariskan status Gold Diamond kepada anak perempuan mereka. Mereka juga akan terus mencipta kehidupan yang sihat sejahtera untuk ibu bapa melalui Shuang Hor. Langkah seterusnya bagi mereka adalah menjadi pemimpin yang ikhlas membantu, dan teruskan memupuk downline supaya menjadi Diamond suatu hari nanti!