Kembali

Nor Yuliani Binti Mohamed Yunos & Ismanizam Bin Sapuan
Pasangan Diamond

Semangat Diamond Nor Yuliani terhadap kerjaya Shuang Hornya tidak pernah pudar. Beliau yang sentiasa fokus dan tidak kenal erti putus asa ini mudah mempengaruhi mereka yang berada di sekelilingnya untuk turut sama berubah menjadi positif, penuh dengan harapan dan keazaman seperti beliau.

Hanya dalam tempoh empat bulan selepas menyertai Shuang Hor, Nor Yuliani dan suaminya Diamond Ismanizam telah diiktiraf sebagai Vice Manager. Walaupun Lingzhi telah dianggap sebagai “cinta sejati”, Nor Yuliani sambil tersenyum berkata beliau sebenarnya tidak bercadang untuk menjalankan perniagaan Shuang Hor ketika itu. Apa yang menjadi batu penghalang beliau ialah "rasa takut". Beliau berterima kasih atas dorongan penuh kasih sayang yang tidak jemu-jemu daripada suaminya. Ismanizam sentiasa mendorong isterinya untuk mengambil langkah pertama dengan berani.

Nor Yuliani mendedahkan antara punca beliau memutuskan untuk memulakan kerjaya Shuang Hor adalah kerana ingin menjana pendapatan lebih bagi membeli Lingzhi untuk ayahnya yang sakit strok. Pada masa yang sama, beliau ingin menjaga kesihatan diri dan keluarganya. Justeru beliau memberitahu diri agar mencari jalan untuk meruntuhkan tembok besar yang menghalangnya.

Oleh itu, mereka suami isteri mula bergerak aktif membangunkan kerjaya di Shuang Hor. Mereka membentuk pasukan "Journey to Freedom" (JTF). Selepas menghadiri banyak perjumpaan dan membuat perkongsian berkali-kali di atas pentas, Nor Yuliani akhirnya menjelma menjadi seorang pemimpin yang berkeyakinan. Apa yang lebih menggembirakan, prestasi mereka suami isteri turut berkembang pesat. Akhirnya, tibalah saat untuk keluar dari kepompong dan seperti dilahirkan semula.