Kembali

Chong Seng Ngiap & Lim Ai Lee
Pasangan Diamond

Diamond Chong Seng Ngiap yang pernah menjadi pemilik kilang aksesori kereta telah secara kebetulan menggunakan produk Shuang Hor dan memperbaiki kesihatannya. Beliau menyedari bahawa tidak boleh mempersia-siakn hidupnya, tetapi harus memberi makna kepadanya. Maka, beliau mengambil keputusan untuk menjual kilang aksesori kereta yang telah beroperasi lebih daripada 10 tahun demi menumpukan diri kepada perniagaan Shuang Hor, serta menggalakkan semangat membantu orang lain.

Memandangkan pemahaman beliau tentang Shuang Hor ketika itu tidak mendalam, beliau yang tinggal di Johor Bahru telah menyeberangi tambak dengan bersusah payah dan pergi ke mesyuarat seminar di Singapura dengan niat “mencari pengesahan”. Di situ, beliau mendengar pelbagai perkongsian testimoni, juga melihat ramai rakan Shuang Hor yang sebelum ini bergantung kepada ubat sepanjang hayat mereka kembali sihat selepas menggunakan produk Shuang Hor dan temui semula kualiti hidup. Ini telah mengukuhkan keazaman Chong Seng Ngiap dan isterinya Lim Ai Lee untuk menyertai perniagaan Shuang Hor.

Selama 21 tahun ini, mereka mengoperasi kerjaya Shuang Hor dengan tekun dan rendah diri, dan tidak pernah berputus asa walaupun menghadapi dugaan. Tuhan juga tidak mengecewakan mereka yang bekerja keras, kerjaya Shuang Hor mereka telah berkembang dengan mantap, akhirnya mereka mencapai peringkat Diamond. Chong Seng Ngiap mendedahkan bahawa selepas menyertai Shuang Hor, beliau mula mempunyai impian tersendiri di hatinya - menerima anugerah di atas pentas seperti pemimpin-pemimpin Diamond lain dan mengambil gambar bersama keluarganya. Lebih-lebih lagi apabila usia ibunya semakin meningkat, beliau berharap supaya ibunya menyaksikan kejayaannya secepat mungkin. Demi tujuan ini, beliau menetapkan matlamat dan bekerja keras ke arah impiannya, kini beliau telah berjaya!