Kembali

Loh Chin Cheu And Ng Kok Sim
Pasangan Diamond

Pada suatu masa dahulu, Diamond Ng Kok Sim teragak-agak untuk melibatkan diri dalam perniagaan Shuang Hor, bukan beliau tidak yakin terhadap produk tetapi beliau tidak mempunyai keyakinan pada diri sendiri. Beliau rasa dirinya tak pandai bercakap dan berbakat untuk membuat jualan langsung. Mujurlah, tidak dapat menahan jemputan berterusan dari upline, tembok yang dibina kerana kurang keyakinan diri ini perlahan-lahan runtuh, Ng Kok Sim dan isterinya Loh Chin Cheu mula kerap menghadiri mesyuarat, malah menyertai majlis perhimpunan pengedar. Di sambil memahami sistem Shuang Hor, mereka juga mengambil peluang untuk mengembangkan lingkungan sosial.

Ketekunan dan ketabahan mereka membawa hasil yang cemerlang, dan mencapai Vice Manager dalam masa kurang daripada setengah tahun. Namun, kadangkala cabaran hidup selalu datang tanpa diduga. Pada tahun 1997, krisis kewangan Asia melanda, organisasi pasangan Ng Kok Sim turut mengalami impak yang besar, malah juga mengalami kehilangan bakat, ramai upline dan downline tinggal satu demi satu.

Ng Kok Sim berterus terang bahawa beliau berasa amat rumit ketika itu, tetapi satu semangat yang tidak pernah putus asa telah menyokong mereka untuk kekal di Shuang Hor. Berkat kegigihan dirinya pada masa itu, beliau mempunyai kejayaan pada hari ini. Pasangan Ng Kok Sim berpegang semula kekuatan dan akhirnya berjaya menempuh kesusahan dan berjaya sehingga ke masa kini.

Dalam sekelip mata, mereka telah menyertai Shuang Hor selama 28 tahun. Sepanjang perjalanan ini, mereka bekerja keras dan mengumpul kekuatan untuk mencapai impian mereka, segala cabaran yang dialami adalah batu asas untuk mereka memenangi gelaran Diamond. Walaupun pergerakan di jalan Diamond ini perlahan tetapi tetap mara dengan mantap, dan memberi kehidupan yang mereka inginkan.