Kembali

Chong Ket Kiong
Diamond

Chong Ket Kiong, yang telah bekerja dalam industri konvensional selama bertahun-tahun, memutuskan untuk menukar haluan dan menyertai perniagaan MLM pada ketika separuh usia. Daripada seorang pedagang berubah menjadi “Pak Kopi”, beliau berkata bahawa keraguan dan cemuhan memang tidak dapat dielakkan, tetapi perkataan “menyesal” tidak pernah muncul dalam kamusnya. Saat beliau memutuskan untuk menumpukan dirinya kepada perniagaan Shuang Hor, beliau berusaha dengan mentaliti “tiada jalan berundur” dan menumpukan seluruh tenaganya berjuang untuk prestasi.

Tidak lama kemudian, beliau membuktikan bahawa Shuang Hor adalah pilihan tepat dengan prestasinya yang cemerlang. Dalam masa setahun, beliau berjaya menaiki dua pangkat sehingga ke Senior Vice Manager. Walaupun pandemik melanda kemudian, tetapi prestasinya mengalami pertumbuhan meletup, membantu beliau mencapai status Diamond dan pendapatannya meningkat lebih daripada 10 kali ganda.

Chong Ket Kiong berkata bahawa apa yang paling berharga tentang Shuang Hor ialah produk berkualiti tinggi yang menyelamatkan orang daripada penderitaan. Manakala yang kedua ialah pendidikan sistem tunggal. Apabila sistem yang kukuh digabungkan dengan kebolehan peribadi, pasti kesan 1 +1 lebih besar daripada 2. Beliau berkata bahawa masa berada dalam industri konvensional, beliau sering perlu menghadiri aktiviti social yang tidak bertujuan, dan interaksi antara manusia mempunyai hala tuju yang berbeza. Bagi orang luar, beliau kelihatan sungguh berjaya, tetapi hanya beliau yang tahu pergolakan hidupnya.

Semua ini mempunyai kemungkinan baru selepas beliau menyertai Shuang Hor. Kini, beliau tidak lagi terikat dengan perniagaan dan hubungan social, beliau mampu menjadi tuan sendiri sepenuhnya. Beliau bukan sahaja mempunyai kesihatan, tetapi juga mempunyai kebebasan kewangan dan kesenangan masanya. Beliau juga tidak lagi bimbang tentang aliran tunai. Kehidupan tanpa tekanan adalah tenang dan selesa.