Kembali

Norlailani Bt Mohd Nawi
Diamond

Sejak kecil Tuhan telah memberikan ujian berterusan kepada Norlailani. Apa yang paling menyayat hatinya ialah anak bongsunya Dalila jatuh sakit selepas kelahiran lalu meninggal dunia. Jodoh singkat antara Norlailani dengan arwah Dalila sebagai ibu dan anak merupakan motivasi terbesarnya untuk memilih perniagaan Shuang Hor. Beliau berasa syukur terhadap ikatannya dengan Shuang Hor yang dibina oleh anak dan kemudian landasan kehidupan sekeluarga telah berubah kerana peniagaan Shuang Hor.

Sebelum menyertai Shuang Hor, Norlailani merupakan seorang guru yang rajin dan berdedikasi, sering sibuk bekerja sehingga masa lapang bersama anak terpaksa dikorbankan. “Semasa saya bertemu dengan Shuang Hor, saya tahu ini adalah peluang untuk meninggalkan cara hidup dulu, oleh itu saya telah mengusahakannya dengan serius dan ikhlas, berharap untuk menebus balik semua kehilangan sebelum ini.”

Dedikasi Shuang Hor untuk meneruskan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan produk berkualiti tinggi serta falsafah perniagaan yang jujur dan integriti telah menggerakkan hati Norlailani. Beliau berkata bahawa Shuang Hor merupakan kerjaya yang “membantu orang lain serta menjayakan diri sendiri”. Di sini, selagi berpegang kepada niat asal dan mengusahakan dengan ikhlas, bukan sahaja boleh membantu diri sendiri tetapi juga orang lain dalam mendapat kesihatan, kekayaan dan kelapangan masa, sehingga mencipta kehidupan yang bahagia dan sempurna.

Melihat kembali perjalanan selama ini, Norlailani rasa bersyukur dirinya tidak pernah dikalahkan oleh nasib tetapi menjadi semakin mantap di bawah pelbagai ujian dalam hidup. Kini beliau seolah bunga mawar menembusi duri dan bermekar dengan bangga, terus membesar melawan arus dengan kekuatan diri sendiri dan berubah menjadi pemandangan yang paling indah.