Goh Mui Geok & Koo Ah Heng
Pasangan Double Diamond
Pasangan Double Diamond

Seperti kata pepatah, mempersiapkan diri untuk mencapai peluang emas, mengumpul kekuatan untuk menjayakan kemajuan. Sama seperti proses buluh menunjang akar, mungkin kelihatan amat perlahan, tetapi proses mengukuh akar secara stabil dan mantap secara senyap telah mengumpul banyak kekuatan. Apabila peluangnya tiba, ia akan mencipta mitos pertumbuhan dan menyemarakkan dunia.
Inilah penggambaran terbaik bagi Pasangan Double Diamond Koo Ah Heng dan Goh Mui Geok. Sepanjang perjalanan beriringan tangan selama 24 tahun, mereka tetap berteguh dengan kepercayaan dan menjalankan perniagaan Shuang Hor dengan kemurahan hati untuk membantu orang lain. Dan kini, mereka mendaki lagi satu puncak kejayaan yang lebih tinggi—mencapai anugerah Double Diamond! Mereka berasa amat gembira dan bersyukur. Sejujurnya, dorongan terbesar mereka untuk kekal dalam perniagaan Shuang Hor selama ini adalah datang daripada hati yang bersyukur.
Demi meneruskan misi Shuang Hor untuk meringankan kesusahan dan penyakit, Koo Ah Heng dan Goh Mui Geok melangkah di perjalanan kehidupan yang luar biasa. Walaupun gaji kerja hakiki sangat lumayan, tetapi mereka tetap teguh mengusahakan perniagaan Shuang Hor. Biarpun jadual kerjanya disusun ketat, mereka tetap berasa gembira hanya kerana perniagaan ini dapat membawa kesihatan dan harapan kepada orang lain.
Pada pendapat Koo Ah Heng dan isteri, ganjaran Shuang Hor kepada mereka bukan sekadar kesihatan, kerjaya dan kekayaan tetapi juga aset tak ketara yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Selama bertahun-tahun mengusahakan perniagaan Shuang Hor, mereka dapat merasai bahawa ia merupakan sebuah perniagaan yang dapat mengubah imej, hubungan dan keupayaan malah membawa impak yang positif terhadap falsafah hidup dan personaliti mereka.
Pada masa depan, masih terdapat banyak ruang untuk dikembangkan, Koo Ah Heng dan isteri akan terus menjadi suri teladan yang baik kepada downline, kerana hanya melalui pengiktirafan barulah dapat benar-benar melakukan “memimpin hati”, membawa pasukan berkembang maju ke arah matlamat bersama.
