Hashlina Binti Rusdi & Harunarrashid Ishak
Pasangan Gold Diamond
Pasangan Gold Diamond

Jika anda pernah melepaskan perniagaan Shuang Hor, adakah ia boleh dimulakan semula? Jawapannya adalah pasti —— BOLEH. Pasangan Gold Diamond Hashlina binti Rusdi dan Harunarrashid Ishak ialah satu contoh teladan yang terbaik!
Walaupun mereka pernah memilih untuk meninggalkan perniagaan Shuang Hor buat sementara, namun setelah mereka memilih untuk bermula perniagaan Shuang Hor sekali lagi, akhirnya mereka mencipta puncak kegemilangan dalam kehidupan dengan mencapai status Gold Diamond!
Bercerita tentang cabaran terbesar sepanjang berada dalam perjalanan perniagaan Shuang Hor, pasangan ini berpendapat bahawa pengurusan masa dan penyelarasan aktiviti adalah masalah yang perlu diberi perhatian.
“Sama ada dalam kehidupan harian, pekerjaan ataupun dalam perniagaan Shuang Hor, kita mesti tahu membezakan antara perkara‘penting’ dengan perkara ‘rutin’, kerana mendahulukan perkara ‘penting’ akan membawa satu perubahan besar kepada kehidupan.”
Semasa pandemik Covid-19 pada tahun 2020, pasangan Gold Diamond Hashlina dan Harunarrashid bijak mengubah krisis menjadi peluang, mereka menjadikan tempoh pandemik sebagai dorongan untuk bergerak ke hadapan. Peningkatan pantas daripada Triple Diamond kepada Gold Diamond dalam masa 9 bulan yang singkat juga merupakan ganjaran yang hebat bagi pasangan Gold Diamond ini!
“Sistem Ganjaran Shuang Hor adalah adil, asalkan anda membantu pemimpin yang lain berjaya, ini bererti anda juga boleh berjaya. Anda boleh menjumpai wang, masa dan kesihatan di sini, inilah sesuatu yang tidak dapat disediakan oleh perniagaan konvensional.”
“Sesungguhnya, Shuang Hor sudah mempunyai satu set Sistem yang sempurna iaitu 5721, kita hanya perlu memahami sistem ini secara sepenuh hati, mengikut Sistem dan menumpukan perhatian untuk bergerak ke arah matlamat yang kita tetapkan, maka kita pasti akan berjaya!”
Tiada Jalan Pintas untuk capai kejayaan di Shuang Hor. Sabar dan tekun ialah kunci kejayaan, minda positif dan teknik yang betul juga penting dalam menuju kejayaan di Shuang Hor. Terus berkongsi cerita Shuang Hor tanpa henti, dan jangan turun dari kereta api Shuang Hor, pasti kita akan tiba ke destinasi impian.
