CHENG LAI KET
Double Diamond
Double Diamond

Untuk mengubah kehidupan, selain perlu mempunyai semangat yang kental, kita juga perlu ada perancangan yang jelas dan pasti serta boleh dilaksanakan, dengan ini barulah dapat melangkah dengan pasti menuju ke destinasi, mampir ke pentas kehidupan yang gilang-gemilang.
Double Diamond Cheng Lai Ket telah 20 tahun menyertai Shuang Hor, bersandarkan semangat dan konsep ini, beliau telah mengatasi segala cabaran, mencipta sebuah kehidupan yang gilang-gemilang milik dirinya sendiri di pentas pencipta impian Shuang Hor.
Secara terus terang Cheng Lai Ket berkata bahawa mencapai status Double Diamond dalam tempoh pandemik ialah keputusan yang dijangkanya! Pelan Pemasaran Kopi 111 yang mudah, senang dipelajari, mudah disalin,ditambah pula dengan produk Lingzhi yang berkualiti cemerlang serta produk bioteknologi yang menakjubkan membolehkan beliau mencapai status Double Diamond.
Selepas mencapai status Double Diamond, Cheng Lai Ket menumpukan perhatian dalam membimbing dan membantu para downline yang gigih berusaha serta telah berazam mencapai kejayaan dalam perniagaan Shuang Hor.
Beliau berkata: “Untuk mengatasi ‘ego’ sendiri, sebagai pemimpin, saya juga perlu tahu merendah diri melayan orang dan berani mengakui masalah sendiri kerana keangkuhan akhirnya akan meruntuhkan rangkaian.”
Cheng Lai Ket berkata, perjalanan Double Diamond sepanjang 19 tahun ini ialah sebuah kembara penerokaan rohani, dalam proses ini, beliau telah belajar untuk berfikir di luar kotak, dengan beraninya mengubah set minda, sikap dan persepsi yang wujud sekian lama. Berusaha keras dan sanggup membuat perubahan baru dapat mengembang dan memperkukuh rangkaian secara berterusan.
Dalam tempoh pandemik yang tidak pernah berlaku sebelum ini, prestasi jualan Double Diamond Cheng Lai Ket tetap berkembang secara stabil, ini juga membuktikan bahawa asalkan anda sanggup berusaha melakukan perubahan, anda pasti dapat mencapai kejayaan di Shuang Hor! Di Shuang Hor tidak ada orang yang gagal, hanya ada orang yang mudah putus asa. Di Shuang Hor, kejayaan ialah sesuatu yang pasti!


LO SU MEE@BELINDA
Diamond
Diamond

Sejak dahulu lagi, kejayaan bukanlah satu masalah, masalah yang terbesar bagi orang yang ingin berjaya ialah sebanyak mana usaha yang harus dilaburkan untuk tiba di pentas kejayaan.
Sebagai etnik Cina pertama di Kota Kinabalu, Malaysia Timur yang mencapai status Diamond, Diamond Belinda Lo Su Mee bersandarkan semangat tiada perkataan “tidak boleh” dalam kamus hidupnya, telah berjaya menaiki pentas Diamond dalam masa dua tahun empat bulan dan seterusnya memiliki kehidupan yang ideal.
Setelah menyertai Shuang Hor, Belinda boleh dikatakan telah mengalami transformasi 360°, Shuang Hor membolehkan beliau memperoleh wang, masa dan kesihatan malah dapat merasai kepuasan dalam hati setelah berjaya membantu orang lain.
Perniagaan Shuang Hor boleh mengubah seseorang, juga boleh mencipta seseorang, daripada “tiada” kepada “ada”, menjadi insan yang lebih baik, lebih berakhlak mulia.
Bercakap tentang rahsia kejayaan, dengan tegasnya Belinda berkata: “Cepat lentur! Menyesuaikan diri mengikut keadaan ialah rahsia terbesar mencapai kejayaan!”
Selain menjadi cepat lentur, Belinda juga berpendapat bahawa kunci utama kejayaan ialah “bersyukur”. Beliau berkata: “Kalau ada rasa kasih baru akan timbul rasa bersyukur, setelah tahu bersyukur barulah kita akan merasai kepuasan, setelah merasai kepuasan barulah kita akan berasa bahagia.”
Selain itu, Belinda juga amat menyukai 3C dalam Budaya Shuang Hor, iaitu tidak merungut (Complaint), tidak membanding (Compare) dan tidak mengutuk (Condemn).
Musuh terbesar dalam kehidupan sesungguhnya ialah diri kita sendiri, hanya dengan sentiasa menerobos diri barulah dapat kita menemui diri yang terbaik! Asalkan anda menguruskan perniagaan Shuang Hor dengan rasa kesyukuran di hati, hari kejayaan sudah tidak jauh dari anda!


CHENG BOON HEAN & SOH AH BOEY
Pasangan Diamond
Pasangan Diamond

Kehidupan indah bahagia ialah perdambaan kebayakan orang, namun berapa ramai pula yang sanggup mengharungi cabaran dan ujian serta tabah bertahan tidak menyerah kalah demi mencapai impian kehidupan?
Pasangan Diamond Cheng Boon Hean dan Soh Ah Boey telah gigih berusaha selama 23 tahun dalam perniagaan Shuang Hor, mereka tidak pernah berputus asa, berkat usaha gigih dan tabah bertahan, akhirnya mereka berjaya mencapai status Diamond.
Cheng Boon Hean berkata: “Dalam rangkaian kami mempunyai rakan daripada pelbagai latar belakang, budaya dan taraf pendidikan, malah ada ahli profesional dan sebagainya. Taraf pendidikan setiap orang adalah lebih tinggi daripada kami, namun kami penuh percaya bahawa dengan Sistem Pendidikan dan “ketegaran” kami terhadap perniagaan Shuang Hor, maka setiap kali kami berhadapan dengan kegagalan, kami tetap bertabah dan tidak putus asa mengusahakan perniagaan Shuang Hor!”
Soh Ah Boey turut mengiakan dengan berkata: “Secara umumnya, masalah yang dihadapi semua orang yang berjaya adalah serupa, asalkan kita cukup kuat, gigih dan sanggup menyumbang, ditambah pula dengan empat unsur utama, iaitu Produk, Syarikat, Pelan Pemasaran dan Sistem, semua masalah dapat diatasi.”
Pada pendapat mereka, mencapai status Diamond ialah satu permulaan kerana tanggungjawab telah bertambah berat, seperti kata Encik Ku: “Kebahagian bukan segalanya, tanggungjawab diperlukan juga.”
Matlamat mereka seterusnya adalah untuk memupuk lebih ramai downline menjadi pemimpin. Mereka sangat sudi berkongsi rahsia kejayaan ini dengan orang lain, dan juga berharap dapat membimbing para downline supaya sama-sama menuju ke pentas diamond yang gilang-gemilang ini!
Shuang Hor ialah sebuah perniagaan yang membanggakan dan gemilang, “Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, kejayaan adalah melakukan perkara biasa dengan ketekunan yang luar biasa, asalkan gigih berusaha dengan keazaman, bersatu hati menuju ke lebuh kejayaan!
