Kembali

CHOI KOH FUI & HEE GUA YUEH
Pasangan Double Diamond

Pasangan Choi Koh Fui dan Hee Gua Yueh telah 27 tahun menyertai Shuang Hor, mereka berasa amat gembira dan dapat senyum lebar dengan pencapaian cemerlang baharu yang diperoleh setelah sekian lama berusaha dalam perniagaan Shuang Hor.

Sejak mencapai status Diamond pada 17 tahun yang lepas, perniagaan mereka tidak meningkat secara stabil seperti yang dijangkakan. Pada tempoh itu, mereka telah menghadapi kesempitan, mengalami prestasi jualan tidak stabil dan masalah kehilangan downline. Tidak dapat dinafikan, mereka yang asalnya menaruh sepenuh kepercayaan pada perniagaan Shuang Hor telah mula berasa ragu-ragu apabila diganggu hal-hal seperti ini.

“Kami mula berusaha mengubah sikap hati, melalui peningkatan upaya diri, keyakinan, keazaman dan tindakan, masalah tidak lagi menjadi penghalang perniagaan Shuang Hor, sebaliknya telah menjadi peluang mengingatkan diri supaya mengubah kaedah menangani masalah apabila tiba masanya.”

Jika ingin mengusahakan perniagaan Shuang Hor untuk tempoh yang lama, sikap “ikhlas melayan orang” adalah kuncinya! Jika sebuah rangkaian yang matang ingin memperoleh perkembangan yang lebih baik serta kekal teguh dalam lingkungan persaingan yang sengit, kita perlu saling menyokong dan berkembang bersama pasukan.

Choi Koh Fui berkata: “Dalam keadaan pandemik yang teruk, kami tidak berputus asa malah terus memerah keringat dan berusaha keras; akhirnya kami berjaya mencapai status Double Diamond dalam tempoh pandemik. Ini merupakan hasil usaha keras di luar jangkaan kami!”

“Mencapai status Double Diamond ialah pengiktirafan Syarikat dan Sistem terhadap kami, jika tiada perniagaan Shuang Hor, perjalanan kehidupan kami mungkin sangat berliku, apatah lagi memiliki kejayaan seperti hari ini. Seterusnya, marilah kita sama-sama memandang ke masa depan, menantikan kehadiran 27 tahun yang berikutnya!”

Kejayaan adalah untuk mereka yang bersedia, berusaha adalah demi menemui diri yang lebih baik. Bersusah-susah selama 3 atau 5 tahun, kemudian menjalani kehidupan penuh riang ria sepanjang hayat. Perniagaan Shuang Hor ialah sebuah pelaburan tanpa rugi, asalkan kita mengekalkan niat asal dan keghairahan, tekun dan ikhlas mengairinya dengan teliti, kita pasti memperoleh pulangan yang lumayan!