Kembali

ANDY TAN GEE LEONG & TAN MEI LENG
Pasangan Diamond

Dalam lautan manusia yang tidak bertepi, pernah berapa ramai yang berselisih bahu dengan kita? Pasangan Diamond Andy Tan Gee Leong dan Tan Mei Leng pula bertemu jodoh kerana kuasa tarikan perniagaan Shuang Hor, daripada perkenalan sehingga memeterai janji setia untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri. Mungkin, inilah yang dikatakan jodoh pertemuan yang ditakdirkan untuk mereka sama-sama berkongsi susah senang mencipta kemakmuran dalam perniagaan Shuang Hor, seiring menghadapi segala-galanya bersama.

Menyertai perniagaan Shuang Hor membolehkan mereka mencapai matlamat untuk bersara awal dan menjalani kehidupan luar biasa dengan memiliki kesihatan, kebebasan masa dan kewangan.

Mereka sejujurnya mengaku bahawa ada satu suara yang sentiasa menjerit-jerit di dalam hati bahawa suatu hari nanti mereka pasti dapat memahat nama mereka di batu penanda Diamond Shuang Hor! Dan pada 2018, Bengkel Latihan Kemuncak yang dikendalikan oleh Pemimpin Sistem Encik Ku telah memberi peluang keemasan kepada mereka! Pelancaran Pelan Pemasaran Kopi 111 membolehkan pasangan ini melihat harapan.

“Jika ingin berubah, hendaklah bermula daripada diri! Pada ketika itu juga kami telah menetapkan matlamat baharu, bukan sahaja belajar daripada sifar malah bertindak sebagai orang baharu yang mengikuti ceramah tentang Pelan Pemasaran Kopi 111 serta menghadiri Seminar Sistem yang disampaikan oleh tidak terbilang banyaknya pemimpin, daripada itu kami telah memperoleh banyak faedah.”

Pada Disember 2020, pasangan Diamond Andy Tan Gee Leong dan Tan Mei Leng akhirnya merealisasikan impian Diamond mereka. Mereka tidak teragak-agak menyatakan bahawa Pelan Pemasaran Kopi 111 ialah kunci utama membolehkan mereka mencapai status Diamond!

Walaupun seluruh dunia terjejas oleh pukulan pandemik Covid-19 pada 2020, mereka tetap percaya bahawa krisis ialah peluang perubahan dan peluang pula selalunya menanti orang yang bersedia.

Shuang Hor ialah platform yang menyediakan impian dan peluang, setelah melalui usaha gigih berlipat ganda dan tabah bertahan, anda pasti dapat mencapai kehidupan berjaya yang serba sempurna!

Asalkan kita gigih mewariskan sikap hati yang benar, baik dan indah, kita pasti dapat mewarisi sebuah kehidupan berjaya yang berterusan!

CHALIS@CHARLES BOINSIN & EMELIANA SIMON LAHINDUN
Pasangan Diamond

Apabila anda menghadapi perkara yang tidak diingini dalam kehidupan, adakah anda akan berusaha sedaya upaya untuk menerobos kesukaran itu atau memilih untuk meneruskan kehidupan yang sukar itu? Ketika pasangan Diamond Chalis@Charles Boinsin dan Emeliana Simon Lahindun menghadapi kegagalan dan kesusahan, mereka sentiasa mengekalkan sikap positif dan tidak putus asa, hal ini jugalah yang menyemaikan benih kejayaan dalam kehidupan mereka kemudian hari.

Sebelum menceburi perniagaan Shuang Hor, Diamond Charles pernah mengalami tempoh tanpa kerja selama 4 tahun. Demi mengatasi masalah yang terdesak pada ketika itu, pasangan ini terus mencuba pelbagai perniagaan jualan langsung, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Pada Julai 2018, kawan Charles telah memperkenalkan CEO Cafe kepadanya, kesan cemerlang produk ini berserta dengan begitu banyak testimonial telah menyemarakkan keazaman beliau untuk memulakan perniagaan baharu. Dengan itu, beliau mengambil keputusan untuk menyertai perniagaan Shuang Hor.

Asalkan kita mengusahakan setiap perkara dengan sepenuh hati, kita pasti mendapat ganjaran yang sewajarnya! Selepas 2 tahun 5 bulan pasangan ini menyertai perniagaan Shuang Hor, mereka telah berjaya mencapai status Diamond!

Diamond Emeliana berkata: “Syarikat Shuang Hor mempunyai pelan pemasaran yang paling mudah di pasaran, Pelan Pemasaran Kopi 111 bukan sahaja mudah disalin, malah hanya perlu menjemput orang lain minum kopi dan menganjurkan Parti Kopi sahaja sudah boleh mengusahakan perniagaan Shuang Hor dengan mudah.”

Diamond Charles berkata: “Yang paling penting adalah jangan menyerah kalah! Apabila anda berasa susah, semua perkara akan kelihatannya susah; apabila anda memberitahu diri ‘Saya akan berusaha sehabis baik’, maka kejayaan sudah tidak jauh dari anda.”

Sekotak CEO Cafe nampak begitu ringkas tetapi ia mengandungi potensi yang tidak terbatas; perniagaan Shuang Hor membolehkan pasangan Diamond Charles dan Emeliana menggunakan sekotak kopi untuk melepasi saat yang paling sukar dalam kehidupan mereka dengan mudah, sejak itu mereka menjalani kehidupan yang bahagia dan gembira!