Solha Binti Husin & Mohd Nabil B Ab Rahman
Pasangan Gold Diamond
Pasangan Gold Diamond

Menjalankan perniagaan jualan langsung adalah suatu perkara yang tidak pernah sebelum ini terlintas di fikiran Gold Diamond Solha dan Mohd Nabil. Jadi apabila ditanya apakah status Gold Diamond adalah kejayaan yang mereka jangkakan 10 tahun lalu, kedua-kedua individu ini tertawa sambil menjawab “tidak sama sekali”.
Walaupun tidak pernah menjangka boleh mencapai status tertinggi di dalam perniagaan ini, kejayaan ini memberi mereka satu kepuasan hati yang tidak terhingga. Ianya seolah-olah telah berjaya membuktikan kepada diri mereka sendiri bahawa keputusan yang diambil 10 tahun lalu adalah satu keputusan yang tepat dan diberkati oleh tuhan.
“Jika 10 tahun lalu saya mengabaikan peluang yang ditawarkan oleh Shuang Hor, hampir pasti hari ini saya sedang menjalani kehidupan yang sama, tapi dengan jalan cerita yang semakin sukar, terutama dari segi kesihatan dan pekerjaan.”
Walau kadangkala mereka merasa sudah agak terlewat untuk memulakan satu kerjaya baru tatkala di pertengahan usia, perasaan ini segera dilupakan dengan mengingatkan kembali trauma menguruskan anak yang sakit, tanpa ilmu kesihatan yang betul dan tanpa kewangan yang mencukupi. Kenangan pahit itu lah yang sentiasa dijadikan sebagai api yang membakar semangat mereka untuk tidak menyerah kalah dalam perniagaan ini.
Demi menghadapi ujian-ujian sakit pada masa akan datang, mereka mahu sentiasa mampu melaluinya dengan lebih bersedia. Mereka sangat gembira kerana perniagaan Shuang Hor menyediakan platform yang dapat memberikan kemampuan yang mereka inginkan itu (wang, masa dan ilmu kesihatan).
“Bukankah kebebasan masa adalah impian kita selama ini? Menggunakan masa tanpa kekangan wang dan kesihatan?”
Menurut Gold Diamond Solha, resipi kejayaan perniagaan Shuang Hor ialah apabila aktiviti perniagaan ini dapat ditiru dengan mudah oleh setiap ahli. Jadi strateginya ialah dengan meneruskan aktiviti yang sama supaya kemahiran itu dapat dipindahkan kepada atau ditiru dengan mudah oleh setiap ahlinya. Dengan kata lain, untuk terus kekal berjaya dalam perniagaan jualan langsung, kita tidak seharusnya melakukan perubahan yang ketara dalam menjalankan aktiviti yang biasa dijalankan selama ini, walaupun pencapaian tertinggi sudahpun dikecapi.
Pasangan ini berkongsi tiga kata-kata semangat yang telah sentiasa menjadi mantra mereka sepanjang perjalanan mencapai kejayaan di Shuang Hor.
1. Buat baik dibalas baik
2. Kesihatan adalah kekayaan
3. Mengabaikan fakta, tidak akan mengubah fakta


Hashlina Binti Rusdi & Harunarrashid Ishak
Pasangan Triple Diamond
Pasangan Triple Diamond

Kehidupan ialah sebuah perjalanan yang penuh cabaran, tidak kira apa pun kerjaya yang anda pilih, kesusahan dan rintangan pasti wujud. Pasangan Triple Diamond Hashlina dan Harunarrashid berpendapat bahawa faktor utama yang mempengaruhi kejayaan adalah diri sendiri. “Mahu lakukan sekarang ataupun melengahkan perkara itu supaya dilakukan kemudian, inilah kunci yang mempengaruhi kejayaan, dan ia juga rahsia kejayaan.”
Hal ini menyebabkan Triple Diamond Hashlina teringat kembali pada bulan Oktober, tahun 1995, di Dewan Orang Ramai MPPJ, beliau telah terdengar satu ayat yang berbunyi “Orang yang benar-benar berjaya harus memiliki kewangan, masa dan kesihatan pada masa yang sama.” Ayat inilah yang membuatkan beliau sedar bahawa definisi kejayaan beliau selama ini adalah tidak tepat.
Bermula dari saat itu, Triple Diamond Hashlina mengambil keputusan untuk mengisi impian beliau dalam perniagaan Shuang Hor, kerana Shuang Hor bukan sahaja membolehkan beliau nampak harapan, malah merupakan kunci yang membuka pintu kepada beliau menuju ke arah “Kewangan, Masa dan Kesihatan”.
“Sebelum ini, tidak kira berapa banyak usaha yang kami laburkan, pulangannya sedikit, tetapi keadaan sekarang sudah berubah, kami hanya perlu melaburkan usaha yang bersesuaian, sudah boleh menikmati hasil yang berlipat ganda.”
Mereka akan sentiasa membuat analisis dan memberikan perhatian kepada kumpulan kecil yang memerlukan bantuan, membolehkan downline yang berpotensi mencapai kenaikan pangkat dengan mudah dan lancar. Semua perancangan ini telah diatur dengan rapi dalam minda mereka, yang tinggal hanyalah “TINDAKAN”, iaitu terus berulang kali melakukan perkara yang diajarkan oleh Sistem Pendidikan sehingga mahir.
Pasangan Triple Diamond Hashlina dan Harunarrashid amat percaya bahawa asalkan tidak turun dari gerabak kereta api Shuang Hor dan terus berusaha pasti kita akan tiba ke destinasi impian, kejayaan akhirnya akan menjadi milik kita semua. Cepat atau lambat sesungguhnya bergantung pada usaha anda sendiri, asalkan kereta api masih lagi bergerak, suatu hari nanti ia pasti tiba di destinasi impian!
“GO GO GO DIAMOND…… Jumpa anda semua di puncak kejayaan!”


Gan Yee Sim dan Nyon Huey Kiong
Pasangan Double Diamond
Pasangan Double Diamond

Setelah berjaya mencapai Double Diamond, pasangan Gan Yee Sim dan Nyon Huey Kiong bukan sahaja berasa misi mereka bertambah kuat berkali-kali ganda, malah berharap dapat membantu lebih ramai orang yang berpeluang berjumpa dengan mereka menjalani kehidupan tanpa risau seperti mereka.
“Kami benar-benar merasakan keindahan perniagaan Shuang Hor, terutama sekali dalam tempoh dua tahun ini kita dilanda serangan pandemik secara global menyebabkan kami lebih yakin bahawa kami telah membuat pilihan yang paling tepat, pilihan sesungguhnya adalah lebih penting daripada usaha!”
Dalam pengurusan perniagaan Shuang Hor, pasangan Double Diamond Gan Yee Sim dan Nyon Huey Kiong mempunyai satu set kaedah yang sangat praktikal. Jika terdapat mana-mana downline yang mula berhenti dan tidak bergerak, mereka memilih untuk terus mencungkil lebih ramai rakan pemimpin yang berhasrat untuk berjaya, serta berusaha mengukuhkan asas, dengan ini mereka dapat meningkat semula semangat rangkaian dan meneruskan perjuangan.
“Asalkan tidak lupa niat asal, saya percaya setiap rakan pengedar pasti boleh berjaya di sini!”
Tidak kira anda datang dari latar belakang yang bagaimana, dalam perniagaan Shuang Hor, semuanya sudah disediakan dengan rapi, hanya menunggu sekeping hati anda yang ‘berazam mesti berjaya’! Cabaran terbesar yang akan anda hadapi di Shuang Hor ialah perbuatan orang lain yang membuatkan anda berasa tawar hati. Walaupun demikian, usahlah membiarkan orang jahil mematahkan semangat anda. Ia boleh menjadi desakan yang memacu anda ke hadapan. Jangan sekali-kali mendiamkan diri demi keselesaan orang lain.
“Anda tidak perlu sangat hebat baru boleh bermula, tetapi anda perlu bermula dahulu baru boleh jadi sangat hebat.”
“Kami selalu memberitahu para rakan, jika tidak dapat membina perniagaan dengan Pelan Pemasaran Kopi 111, maka dalam masa terdekat ini memang mustahil hendak mengubah kehidupan, oleh itu, mereka sanggup menjawab bimbingan dan pemupukan dengan prestasi yang membanggakan!”
“Shuang Hor, kami sangat sayang kamu!” Shuang Hor menjadi kehidupan, kehidupan menjadi Shuang Hor ialah gambaran kehidupan yang terbaik bagi mereka sekarang!
