Kembali

HERMES AMIR & MARIANI DEOCAMPO
Pasangan Gold Diamond

Adakah anda percaya kepada kebolehjadian keajaiban yang anda saksikan di hadapan mata? Dalam kehidupan sehari-hari kita memang tidak mungkin dapat menyaksikan keajaiban, kerana ia dianggap mustahil berlaku, dan di luar jangkauan kita. Pasangan Gold Diamond Hermes Amir dan Mariani Deocampo yang berasal dari Sabah, mereka telah membuktikan kepada kita, keajaiban boleh berlaku kepada orang biasa seperti mereka!

Bersandarkan usaha gigih yang kental, mereka hanya mengambil masa 1 tahun 7 bulan untuk mencapai status tertinggi di Shuang Hor yang diimpikan semua orang – Gold Diamond! Malah telah mencipta rekod pencapaian Gold Diamond yang terpantas dalam sejarah Shuang Hor!

“Keputusan ini tidak pernah kami jangkakan, selama ini kami hanya ingin merealisasikan kehidupan tanpa hutang, menikmati kebebasan kewangan dan masa, itu sahaja!” Jika pada mulanya mereka tidak berani mencuba dan meneroka perniagaan Shuang Hor, dan bersungguh-sungguh mengusahakannya, maka tentulah mereka tidak dapat menikmati kehidupan yang lumayan dan gilang-gemilang sekarang. Sebagai Gold Diamond, tanggungjawab mereka adalah bersama-sama syarikat Shuang Hor merealisasikan impian lebih banyak orang; membolehkan mereka memiliki kesihatan, kekayaan dan kejayaan!

Asas kukuh syarikat Shuang Hor di pasaran, ditambah pula dengan Pelan Pemasaran yang berjaya dan Produk Shuang Hor yang berkesan, semua ini menjadi daya tarikan utama kepada mereka mengusahakan perniagaan Shuang Hor. Sebagai contoh kejayaan Pelan Pemasaran Kopi 111, mereka akan terus berkongsi kelebihan produk Shuang Hor, pelan pemasaran dan testimonial.

Mereka mengatakan bahawa tidak kira pada bila-bila masa pun, kita perlu mengekalkan integriti, kejujuran dan keikhlasan dalam tindakan dan membuat keputusan. Tidak kira dalam kehidupan atau perniagaan, kita perlu bersabar dan bekerja bersungguh-sungguh, kerana ini ialah nilai teras yang memimpin kita melangkah ke arah puncak jaya.

Pasangan Gold Diamond Hermes dan Mariani memilih Shuang Hor kerana percaya kepada Shuang Hor, selangkah demi selangkah menapakkan sebuah pemandangan yang paling makmur milik mereka sendiri!

“Asalkan anda percaya, ia akan menjadi nyata. Kami adalah bukti terbaik dan hasil Pelan Pemasaran Kopi 111. Kami telah menurap jalan ke Gold Diamond. Jika orang biasa seperti kami dapat melakukannya, anda pasti boleh juga. Anda hanya perlu mematuhi Sistem Shuang Hor dan Pelan Pemasaran, anda akan menjadi Diamond yang seterusnya.”

LEE SONG MEI & WONG PAK WOON
Pasangan Double Diamond

Apabila tangan anda tergenggam RM26, bagaimanakah anda membelanjakannya? Dan bagaimana pula ia dapat membawa faedah dan pengalaman nyata kepada anda? Setiap orang akan menghadapi banyak kali saat-saat yang harus membuat keputusan, tetapi anda hanya perlu membuat keputusan yang tepat sekali sahaja, maka anda mungkin dapat mengubah nasib hidup anda selama-lamanya.

Tanpa ragu-ragu Lee Song Mei berkata: “Impian saya adalah untuk mendapat banyak wang, membeli sebidang tanah untuk membina sebuah ladang rekreasi saya sendiri, kemudian bersara awal untuk menikmati kehidupan yang senang-lenang, maka itu, asalkan ada peluang untuk memperoleh wang, saya pasti akan mencuba.”

Suatu hari pada tahun 2018, Lee Song Mei dijemput menyertai program Pelan Pemasaran Kopi 111 Gold Diamond Hermes, daripada itu, beliau telah mengenali Pelan Pemasaran Kopi 111. Setelah mendengar perkongsian orang ramai tentang testimonial CEO Cafe, beliau telah membuat satu keputusan yang amat penting dalam kehidupannya: Menggunakan RM26 untuk menyertai Shuang Hor sebagai ahli.

Keputusan untuk menyertai Shuang Hor telah mengubah kehidupan pasangan Lee Song Mei dan Wong Pak Woon sepenuhnya. Melalui Pelan Pemasaran Kopi 111, mereka Berjaya meraih keuntungan besar mereka yang pertama, malah berjaya melangsaikan semua hutang dalam masa beberapa bulan.

Setelah hanya menyertai Shuang Hor selama 14 bulan, mereka berjaya mencapai status Diamond berkat usaha gigih dan keghairahan mereka yang sepenuh hati. Mereka menggunakan masa hanya 9 bulan untuk mendaki puncak jaya yang seterusnya, mencapai status Double Diamond!

Berhadapan dengan perjuangan mencapai status Triple Diamond, mereka berkata akan lebih memfokuskan usaha memantapkan rangkaian, dan terus memupuk rakan pengedar elit yang berpotensi.

“Membantu orang ialah asas kegembiraan, sikap hati yang baik, tidak melepaskan perkongsian, membawa kesihatan kepada orang lain, anda pasti akan berjaya.”

Kerana peluang, pasangan Double Diamond Lee Song Mei dan Wong Pak Woon mengenali Shuang Hor, akhirnya mereka mengambil keputusan menggunakan RM26 untuk menyertai Shuang Hor, dan keputusan ini telah menentukan takdir mereka membuka laluan ke arah kejayaan!

MOHAMAD NADZRI & UMMU NASIBAH
Pasangan Diamond

Jodoh itu ketentuan Tuhan. Dan jodoh inilah yang menyambung pertemuan antara; pasangan Diamond Mohamad Nadzri dan Ummu Nasibah dengan Shuang Hor. Ibarat perjalanan yang telah disulam indah oleh takdir-Nya, dalam saujana lautan manusia yang tidak bertepi namun tetap berjaya menghubungkan mereka dengan Shuang Hor, tidak kira betapa besar pun pusingan itu, Shuang Hor tetap menakhodai kehidupan mereka.

Mohamad Nadzri sebagai anak pasangan Double Diamond Norliza dan Noorafudin, secara sendirinya dia banyak terdedah kepada Shuang Hor; Ibu bapa Ummu Nasibah pernah menceburi perniagaan Shuang Hor, kekuatan jodoh telah menjalinkan semula beliau dengan Shuang Hor bagi meneruskan jodoh yang termeterai sebelum itu.

“Ya, anda boleh panggil kami pengusaha perniagaan Shuang Hor generasi kedua! Kami sudah mengenali Shuang Hor pada zaman kanak-kanak lagi.”

Walaupun pada peringkat awalnya Ummu Nasibah berasa ragu-ragu terhadap perniagaan Shuang Hor, namun kesabaran dan keghairahan ibu mertuanya Double Diamond Norliza selalu memimpin melalui teladan, mengajar mereka kaedah mengendalikan perniagaan, membolehkan beliau dan suami membebaskan diri daripada belenggu ketakutan!

Mereka menjelaskan bahawa semakin lama mereka menyertai Shuang Hor, keyakinan mereka semakin bertambah, dan semakin dapat merasai keindahan perniagaan ini. Jika ingin berjaya, kita perlu memahami dengan jelas tujuan kita berada dalam perniagaan Shuang Hor, jangan membiarkan kita terperangkap dalam zon selesa dan usah takut kepada rintangan di hadapan.

Setelah mencapai status Diamond, pasangan Mohamad Nadzri dan Ummu Nasibah berharap dapat membimbing lebih ramai downline di rangkaiannya mencapai Diamond juga. Pada pendapat mereka, kejayaan adalah menolong orang lain dan memberikan harapan dan dorongan kepada orang lain, apabila semua orang gembira, mereka juga akan berasa sangat bahagia di hati.

Jodoh pertemuan takdir Ilahi, mereka sekali lagi memilih Shuang Hor. Sebagai pengusaha perniagaan Shuang Hor generasi kedua, mereka tidak mensia-siakan jodoh anugerah kali ini lalu berusaha keras mengusahakan perniagaan Shuang Hor, akhirnya berjaya menghasilkan kristal Diamond yang luar biasa berkilau!