Shuang Hor Malaysia

Shuang Hor Enterprise (M) Sdn Bhd 198901007648(184951-D) AJL93423.

Alamat: No.54, Jalan Tago 2, Taman Perindustrian Tago, Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon: (603) 6275 8818
Faks: (603) 6276 6822
Laman web: www.shuanghor.com.my
E-mel: service@shuanghor.com.my

Tentang Kami

Dengan bermatlamat menuju ke arah globalisasi, Kumpulan Shuang Hor telah mendirikan cawangan seberang laut yang pertama pada 16hb Ogos 1988, iaitu Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd.. Bidang jualan langsung telah berkembang dengan pesat di Malaysia. Sejak penubuhan Shuang Hor di Malaysia, prestasinya mencapai perkembangan yang stabil pada setiap tahun.

Bersesuaian dengan perkembangan pelan perniagaan, Wisma Shuang Hor yang terletak di Sri Damansara, Kuala Lumpur telah dibeli dan mula digunakan pada 15hb Oktober 2007. Bangunan yang tersergam megah ini terletak di atas tanah seluas 60,000m². Terdapat sebuah dewan perhimpunan bertaraf antarabangsa yang dapat memuatkan 500 orang, beberapa buah bilik seminar dan sebuah bilik multimedia untuk memberi kemudahan kepada para pengedar. Ini juga dapat membentuk asas kukuh Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. supaya menjadi pusat perkembangan syarikat di Asia Tenggara.

Kerajaan Malaysia sangat menitikberatkan bidang jualan langsung dan melaksanakan Akta Jualan Langsung pada tahun 1993. Matlamatnya ialah membentuk satu ruang perkembangan yang sihat dalam bidang jualan langsung, juga untuk mempertingkatkan imej baik para pengusaha jualan langsung. Sebagai sebuah syarikat jualan langsung yang penting dalam negara, Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. berpegang teguh kepada prinsip pengurusan yang jujur dan ikhlas. Di samping mematuhi akta berkenaan dengan sepenuhnya, produk-produk yang berkualiti dan beraneka ragam juga dihasilkan untuk memanfaatkan rakyat Malaysia.

Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. telah menjadi pusat untuk memperkembangkan pasaran secara gigih ke Asia Tenggara. Pasaran Shuang Hor telah berkembang ke Singapura (2002), Indonesia (2005) dan Myanmar (2011). Pasaran yang berkembang luas telah membawa peluang perniagaan yang tidak terbatas kepada para pengedar.

Pusat Pembekalan Produk

Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. telah mendirikan pusat-pusat pembekalan produk di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu supaya dapat membekalkan servis dan kemudahan membeli produk kepada para pengedar. Servis-servis yang disediakan ialah seperti berikut:
  • Menempah dan mengambil stok di kaunter
  • Menempah stok melalui Pemindahan Telegrafik
  • Perundingan perniagaan
  • Pengendalian hak pengedaran
  • Penyediaan bilik seminar untuk perbincangan

Waktu urusniaga:
Isnin hingga Jumaat dan Sabtu yang terakhir dalam sebulan: 9.00am ~ 5.00pm

Pusat Pembekalan Produk Kuala Lumpur

Alamat: No. 54, Jalan Tago 2, Taman Perindustrian Tago, Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon: (603) 6275 8818
Faks: (603) 6275 4932

Pusat Pembekalan Produk Johor Bahru

Alamat: No.19 - 25, Jalan Utama 43, Mutiara Square, Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor, Malaysia.
Telefon: (607) 554 7668
Faks: (607) 559 1689

Pusat Pembekalan Produk Pulau Pinang

Alamat: No. 148, Tingkat 3, Jalan Hutton, 10050 Pulau Pinang, Malaysia.
Telefon: (604) 226 4848
Faks: (604) 228 9633

Pusat Pembekalan Produk Kota Kinabalu

Alamat: G-2 of Wisma Milenia 3 ½, Jalan Tuaran, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Telefon: (6088) 313 011
Faks: (6088) 313 012

Pusat-pusat Servis

Masa Urusniaga:
Miri: 08:00am ~ 11:30am (Isnin, Rabu dan Jumaat), 09:00am ~ 1:00pm (Sabtu)

Pusat Servis Miri

Alamat: Lot 2122. 1st Floor, Block 4, MCLD Jalan Krokop Utama, Krokop 98000 Miri. Sarawak, Malaysia.
Telefon: +016-851 9765 / +012-8771016
Pengendali: Ms. Lim Shin Lee

Cara Penempahan Stok


Semua pengedar Shuang Hor boleh memesan melalui online, memesan stok terus dengan Syarikat atau pusat-pusat pembekalan produk.

Cara Memesan Stok Melalui Online


  1. Waktu Pemesanan:
    • Isnin hingga Ahad: 5:00am -11:00pm
    • Hari urusniaga terakhir bulanan: 5:00am- 4:00pm

    Laman web:
    www.shuanghor.com.my      www.shuanghor.com.sg      www.shuanghor.co.id     www.doublecrane.com.mm

    Hari urusniaga terakhir bulanan di Malaysia, Singapura dan Indonesia, semua rekod transaksi pemesanan stok melalui online lepas 4:00pm akan dianjak ke hari pertama bulan yang berikutnya secara automatik, dan nilai mata PV akan dimasukkan ke bulan yang berikutnya.

  2. Cara Pembayaran:
  3. Dihadkan kepada Kad Kredit Peribadi Pengedar (Visa / Master)


  4. Objek Pemesan:
  5. Pengedar boleh memesan stok melalui online dan boleh juga membantu downline dalam kumpulan pengedar (termasuk downline dari negara hak pengedaran lain) untuk memesan stok tetapi tidak termasuk kumpulan downline Vice Manager. Borang pemesanan negara hak pengedaran mesti diasingkan dan setiap borang pemesanan mesti lengkap transaksi kewangannya barulah dapat diteruskan pemesanan stok untuk negara hak pengedaran yang lain pula.

  6. Harga Stok:
  7. Mengikut senarai harga negara hak pengedaran dan mesti dibayar mengikut nilai mata wang negara tersebut. Tukaran mata wang asing hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan oleh bank pengeluar kad kredit pembayar.

  8. Maklumat Penghantaran Stok:
    1. Pilih Perkhidmatan Kurier:
      • Malaysia: Tempahan yang telah siap dibayar sebelum 12:30pm akan diuruskan pada hari kerja yang sama. Tempahan yang dibayar selepas 12:30pm akan diuruskan pada hari kerja pertama yang berikutnya.

      • Singapura: Tempahan yang telah siap dibayar sebelum 3:00pm akan diuruskan pada hari kerja yang sama. Tempahan yang dibayar selepas 3:00pm akan diuruskan pada hari kerja pertama yang berikutnya.

      • Indonesia: Tempahan yang telah siap dibayar sebelum 4:00pm akan diuruskan pada hari kerja yang sama. Tempahan yang dibayar selepas 4:00pm akan diuruskan pada hari kerja pertama yang berikutnya.



    2. Pilih Pengambilan stok di kaunter:
      • Tidak terikat dengan sekatan waktu di atas, malah boleh mengambil stok pada 12:00tgh pada hari urusniaga yang berikutnya.

  9. Bayaran Pengangkutan:
  10. Sila rujukan carta bayaran pengangkutan dalam muka surat ini. Tetapi Pemesanan Stok Melalui Online yang dibuat pada waktu yang berbeza pada hari yang sama tidak boleh digabungkan untuk pengangkutan percuma.

Cara Lain Memesan Stok


  1. Penempahan Stok Segera (Isnin hingga Jumaat dan hari tambahan urusniaga Sabtu yang terakhir dalam sebulan) : 9:00am ~ 5:00pm.
    Pengedar boleh menempah dan mengambil stok di kaunter Pusat Pembekalan Produk Kuala Lumpur, Pusat Pembekalan Produk Johor Bahru, Pusat Pembekalan Produk Pulau Pinang atau Pusat Pembekalan Produk Kota Kinabalu dengan wang tunai, kad kredit (Master / Visa) atau kad debit.
  2. Penempahan Stok Melalui Pemindahan Telegrafik / Faks: Isnin hingga Jumaat.
    Pengedar boleh mendail talian percuma 1-800-88-3002 , faks ke +603-62754932 atau whatsApp 010-468 0436 untuk menempah stok. Pengedar-pengedar boleh membayar dengan cara-cara berikut:
    Cara bayaran untuk penempahan stok:
    1. Membayar melalui bank (bayaran prosedur akan dibiayai oleh pihak syarikat): 9:00am ~ 3:30pm.
      Di ruangan pembayar, sila isikan: Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd.
      • Public Bank Berhad ~ Nombor akaun: 3-9990647-36
        Sila tuliskan nombor pengedaran anda di ruangan perhatian dalam slip bayaran. Rujukkan contoh.
      • Maybank ~ Nombor akaun: 5-14011-53677-6
        Selepas wang dimasukkan, sila menghubungi talian Pemindahan Telegrafik 1-800-88-3002 untuk memberitahu “masa transaksi” di atas slip bayaran. Rujukkan contoh. Rujukkan contoh.
    2. Bank Internet (Pembayaran): 9:00am ~ 3:30pm
      • Public Bank Berhad (bayaran prosedur akan dibiayai oleh Shuang Hor)
        Internet Banking www.pbebank.com (melalui bill payment)
        1. Klik "Payment / Recharge", pilih "Bill Payment", pilih penerima (Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd.). Sila masukkan nombor pengedaran anda di ruangan Distributor file No.
      • Maybank (setiap urusniaga dikenakan bayaran prosedur RM0.50)
        Internet Banking www.maybank2u.com.my (melalui bill payment)
        1. Klik "Bill Payment", view all payees by category - Direct Selling - pilih (Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd.) - Sila masukkan nombor pengedaran anda di ruangan Bill account No.
    3. I & II: Setiap Transaksi sebelum 3:30pm akan diproses hari yang sama, untuk transaksi selepas 3:30pm akan diproses hari urusniaga berikutnya.

    4. Bayaran dengan kad kredit bukan di kaunter pengeluaran stok:
      • 9:00am ~ 11:00am: Tempahan stok akan diuruskan pada hari itu.
      • Selepas pukul 11:00am: Tempahan stok akan diuruskan pada hari urusniaga seterusnya.
      • Bayaran dengan kad kredit buat kali pertama, sila lengkapkan "Borang Permohonan Penggunaan Kad Kredit Pengedar", kemudian faks atau menghantar salinan kad pengenalan, muka depan dan belakang kad kredit ke Syarikat Shuang Hor untuk menguruskan prosedur pembayaran dengan kad kredit. Cara pembayaran ini hanya berkesan selepas fail dibentuk oleh pihak syarikat.
      • Apabila penggunaan dibenarkan, setiap penempahan stok hanya perlu melengkapkan "Borang Tempahan Pengedar Pembayaran Dengan Kad Kredit" dan "Borang Tempahan". Sila faks ke +603-62754932 atau whatsApp 010-468 0436, kemudian menghubungi 1-800-88-3002 sebelum pukul 11.00am, memastikan pihak syarikat telah menerima faks tempahan stok anda untuk mengelakkan penangguhan.

Bayaran Pengangkutan:

Dearah Stok yang ditempah kurang daripada Bayaran Pengangkutan
Semenanjung Malaysia RM500 RM10
Malaysia Timur RM700 RM20
* Dalam satu bayaran.

Perkara yang perlu diberi perhatian ketika menerima stok:
  • Setelah menerima butiran dan bayaran pesanan stok, Syarikat akan memastikan transaksi tersebut telah dimuktamadkan dan menghubungi syarikat kurier untuk menyerahkan stok yang dipesan pada hari itu juga. Lazimnya, syarikat kurier akan menyerahkan stok pesanan dalam tempoh 3 hari kerja di alamat yang ditetapkan bermula dari tarikh penerimaan stok.
    Stok ditempah pada tarikh urusniaga terakhir bulanan dan Sabtu terakhir bulan diserahkan kepada syarikat kurier pada hari kerja berikutnya.
  • Semasa menerima stok, sila pastikan perkara-perkara yang berikut:
    1. pembungkusan tiada cacat cela.
    2. stok yang diterima betul dan jumlahnya tepat.
    3. Nombor Sales Invoice dan Nama yang tertera di atasnya tepat dan betul.
    Jika berlaku sebarang keadaan yang sebaliknya, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Shuang Hor di talian1-800-88-3203 dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan stok untuk memohon penggantian stok; jika aduan diterima selepas tempoh tersebut, Syarikat menganggap pemesan mengakui menerima stok dengan baik.
  • Jika anda masih belum menerima stok yang dipesan setelah berjaya membuat transaksi pesanan stok pada hari ketiga, atau anda ingin mengetahui cara membuat pesanan stok dan pembayaran, sila hubungi talian 1-800-88-3203 untuk pertanyaan.