Shuang Hor Malaysia

Shuang Hor Enterprise (M) Sdn Bhd 198901007648(184951-D) AJL93423.

Alamat: No.54, Jalan Tago 2, Taman Perindustrian Tago, Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon: (603) 6275 8818
Faks: (603) 6276 6822
Laman web: www.shuanghor.com.my
E-mel: service@shuanghor.com.my

Tentang Kami

Dengan bermatlamat menuju ke arah globalisasi, Kumpulan Shuang Hor telah mendirikan cawangan seberang laut yang pertama pada 16hb Ogos 1988, iaitu Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd.. Bidang jualan langsung telah berkembang dengan pesat di Malaysia. Sejak penubuhan Shuang Hor di Malaysia, prestasinya mencapai perkembangan yang stabil pada setiap tahun.

Bersesuaian dengan perkembangan pelan perniagaan, Wisma Shuang Hor yang terletak di Sri Damansara, Kuala Lumpur telah dibeli dan mula digunakan pada 15hb Oktober 2007. Bangunan yang tersergam megah ini terletak di atas tanah berkeluasan lebih daripada 50,000 kaki persegi. Terdapat sebuah dewan perhimpunan bertaraf antarabangsa yang dapat memuatkan 500 orang, beberapa buah bilik seminar dan sebuah bilik multimedia untuk memberi kemudahan kepada para pengedar. Ini juga dapat membentuk asas kukuh Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. supaya menjadi pusat perkembangan syarikat di Asia Tenggara.

Kerajaan Malaysia sangat menitikberatkan bidang jualan langsung dan melaksanakan Akta Jualan Langsung pada tahun 1993. Matlamatnya ialah membentuk satu ruang perkembangan yang sihat dalam bidang jualan langsung, juga untuk mempertingkatkan imej baik para pengusaha jualan langsung. Sebagai sebuah syarikat jualan langsung yang penting dalam negara, Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. berpegang teguh kepada prinsip pengurusan yang jujur dan ikhlas. Di samping mematuhi akta berkenaan dengan sepenuhnya, produk-produk yang berkualiti dan beraneka ragam juga dihasilkan untuk memanfaatkan rakyat Malaysia.

Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. telah menjadi pusat untuk memperkembangkan pasaran secara gigih ke Asia Tenggara. Pasaran Shuang Hor telah berkembang ke Singapura (2002), Indonesia (2005) dan Myanmar (2011). Pasaran yang berkembang luas telah membawa peluang perniagaan yang tidak terbatas kepada para pengedar.

Pusat Pembekalan Produk

Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. telah mendirikan pusat-pusat pembekalan produk di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu supaya dapat membekalkan servis dan kemudahan membeli produk kepada para pengedar. Servis-servis yang disediakan ialah seperti berikut:

Waktu urusniaga:
Isnin hingga Jumaat dan Sabtu yang terakhir dalam sebulan: 8.30am ~ 4.30pm

Pusat Pembekalan Produk Kuala Lumpur

Alamat: No. 54, Jalan Tago 2, Taman Perindustrian Tago, Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon: (603) 6275 8818
WhatsApp: +6012-463 6641

Pusat Pembekalan Produk Johor Bahru

Alamat: NO 19-25, Jalan Utama 43, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor.
Telefon: (607) 554 7668 / +6012-463 6642
WhatsApp: +6012-463 6642

Pusat Pembekalan Produk Pulau Pinang

Alamat: No. 148, Tingkat 3, Jalan Hutton, 10050 Pulau Pinang, Malaysia.
Telefon: (604) 226 4848 / +6012-463 6625
WhatsApp: +6012-463 6625

Pusat Pembekalan Produk Kota Kinabalu

Alamat: Lot B-G-7, B-G-8, B-G-9, & B-G-10, Ground Floor, Plaza Impian Inanam, Lorong Plaza Impian Inanam, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Telefon: +60-88 396 011 / +6012 463 6692
WhatsApp: +6012-463 6692

Pusat Pembekalan Produk Kuching

Alamat: Sublot 11, Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh, 93450 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Telefon: +6082 552 470
WhatsApp: +6012-463 6001

Pusat-pusat Servis

Masa Urusniaga:
Miri: 08:00am ~ 11:30am (Isnin, Rabu dan Jumaat), 09:00am ~ 1:00pm (Sabtu)

Pusat Servis Miri

Alamat: Lot 2122. 1st Floor, Block 4, MCLD Jalan Krokop Utama, Krokop 98000 Miri. Sarawak, Malaysia.
Telefon: +016-851 9765 / +012-8771016
Pengendali: Ms. Lim Shin Lee

Cara Penempahan Stok


Semua pengedar Shuang Hor boleh memesan melalui online, memesan stok terus dengan Syarikat atau pusat-pusat pembekalan produk.

Cara Memesan Stok Melalui Online


  1. Waktu Pemesanan:
    • Isnin hingga Ahad: 1:30am -11:30pm
    • Hari urusniaga terakhir bulanan: 1:30am- 12:00pm

    Laman web:
    www.shuanghor.com.my      www.shuanghor.com.sg      www.shuanghor.co.id     www.doublecrane.com.mm

    Hari urusniaga terakhir bulanan di Malaysia, Singapura dan Indonesia, semua rekod transaksi pemesanan stok melalui online lepas 12:00pm akan dianjak ke hari pertama bulan yang berikutnya secara automatik, dan nilai mata PV akan dimasukkan ke bulan yang berikutnya.

  2. Cara Pembayaran:
  3. Dihadkan kepada Kad Kredit Peribadi Pengedar (Visa / Master)


  4. Objek Pemesan:
  5. Pengedar boleh memesan stok melalui online dan boleh juga membantu downline dalam kumpulan pengedar (termasuk downline dari negara hak pengedaran lain) untuk memesan stok tetapi tidak termasuk kumpulan downline Vice Manager. Borang pemesanan negara hak pengedaran mesti diasingkan dan setiap borang pemesanan mesti lengkap transaksi kewangannya barulah dapat diteruskan pemesanan stok untuk negara hak pengedaran yang lain pula.

  6. Harga Stok:
  7. Mengikut senarai harga negara hak pengedaran dan mesti dibayar mengikut nilai mata wang negara tersebut. Tukaran mata wang asing hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan oleh bank pengeluar kad kredit pembayar.

  8. Maklumat Penghantaran Stok:
    1. Pilih Perkhidmatan Kurier:
      • Malaysia: Tempahan yang telah siap dibayar sebelum 12:30pm akan diuruskan pada hari kerja yang sama. Tempahan yang dibayar selepas 12:30pm akan diuruskan pada hari kerja pertama yang berikutnya.

      • Singapura: Tempahan yang telah siap dibayar sebelum 11:30am akan diuruskan pada hari kerja yang sama. Tempahan yang dibayar selepas 11:30am akan diuruskan pada hari kerja pertama yang berikutnya.

      • Indonesia: Pesanan dengan pembayaran yang lengkap sebelum 12:00 PM WIB pada hari perniagaan akan diproses pada hari yang sama. Pembayaran yang diterima selepas 12:00 PM WIB, serta pesanan yang dibuat pada hari Jumaat selepas 12:00 PM WIB, hujung minggu, atau cuti umum, akan diproses pada hari perniagaan berikutnya.



    2. Pilih Pengambilan stok di kaunter:
      • Tidak terikat dengan sekatan waktu di atas, malah boleh mengambil stok pada 12:00tgh pada hari urusniaga yang berikutnya.

  9. Bayaran Pengangkutan:
  10. Sila rujukan carta bayaran pengangkutan dalam muka surat ini. Tetapi Pemesanan Stok Melalui Online yang dibuat pada waktu yang berbeza pada hari yang sama tidak boleh digabungkan untuk pengangkutan percuma.

Cara Lain Memesan Stok


  1. Penempahan Stok Segera (Isnin hingga Jumaat dan hari tambahan urusniaga Sabtu yang terakhir dalam sebulan) : 8:30am ~ 4:30pm.
    Pengedar boleh menempah dan mengambil stok di kaunter Pusat Pembekalan Produk Kuala Lumpur, Pusat Pembekalan Produk Johor Bahru, Pusat Pembekalan Produk Pulau Pinang atau Pusat Pembekalan Produk Kota Kinabalu dengan wang tunai, kad kredit (Master / Visa) atau kad debit.
  2. Penempahan Stok Melalui Pemindahan Telegrafik / Faks: Isnin hingga Jumaat.
    Pengedar boleh mendail talian +6010- 468 0436 atau whatsApp 010-468 0436 untuk menempah stok. Pengedar-pengedar boleh membayar dengan cara-cara berikut:
    Cara bayaran untuk penempahan stok:
    1. Membayar melalui bank (bayaran prosedur akan dibiayai oleh pihak syarikat): 8:30am ~ 3:30pm.
      Di ruangan pembayar, sila isikan: Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd.
      • Public Bank Berhad ~ Nombor akaun: 3-9990647-36
        Sila tuliskan nombor pengedaran anda di ruangan perhatian dalam slip bayaran. Rujukkan contoh.
      • Maybank ~ Nombor akaun: 5-14011-53677-6
        Selepas wang dimasukkan, sila menghubungi talian Pemindahan Telegrafik +6010-468 0436 untuk memberitahu “masa transaksi” di atas slip bayaran. Rujukkan contoh. Rujukkan contoh.
    2. Bank Internet (Pembayaran): 8:30am ~ 3:30pm
      • Public Bank Berhad (bayaran prosedur akan dibiayai oleh Shuang Hor)
        Internet Banking www.pbebank.com (melalui bill payment)
        1. Klik "Payment / Recharge", pilih "Bill Payment", pilih penerima (Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd.). Sila masukkan nombor pengedaran anda di ruangan Distributor file No.
      • Maybank (setiap urusniaga dikenakan bayaran prosedur RM0.50)
        Internet Banking www.maybank2u.com.my (melalui bill payment)
        1. Klik "Bill Payment", view all payees by category - Direct Selling - pilih (Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd.) - Sila masukkan nombor pengedaran anda di ruangan Bill account No.
    3. I & II: Setiap Transaksi sebelum 3:30pm akan diproses hari yang sama, untuk transaksi selepas 3:30pm akan diproses hari urusniaga berikutnya.

    4. Bayaran dengan kad kredit bukan di kaunter pengeluaran stok:
      • 8:30am ~ 11:00am: Tempahan stok akan diuruskan pada hari itu.
      • Selepas pukul 11:00am: Tempahan stok akan diuruskan pada hari urusniaga seterusnya.
      • Bayaran dengan kad kredit buat kali pertama, sila lengkapkan "Borang Permohonan Penggunaan Kad Kredit Pengedar", kemudian faks atau menghantar salinan kad pengenalan, muka depan dan belakang kad kredit ke Syarikat Shuang Hor untuk menguruskan prosedur pembayaran dengan kad kredit. Cara pembayaran ini hanya berkesan selepas fail dibentuk oleh pihak syarikat.
      • Apabila penggunaan dibenarkan, setiap penempahan stok hanya perlu melengkapkan "Borang Tempahan Pengedar Pembayaran Dengan Kad Kredit" dan "Borang Tempahan". Sila whatsApp 010-468 0436, kemudian menghubungi +6010-468 0436 sebelum pukul 11.00am, memastikan pihak syarikat telah menerima faks tempahan stok anda untuk mengelakkan penangguhan.

Bayaran Pengangkutan:

Dearah Stok yang ditempah kurang daripada Bayaran Pengangkutan
Semenanjung Malaysia RM500 RM10
Malaysia Timur RM500 RM10
* Dalam satu bayaran.

Perkara yang perlu diberi perhatian ketika menerima stok:
Shuang HorHak Cipta © 2025 Shuang Hor