Saya ingin menyertai perniagaan Shuang Hor.

Untuk menjadi seorang Pengedar Shuang Hor, anda perlu ditaja oleh seorang Pengedar Shuang Hor yang sah. Selain itu, anda juga perlu membayar yuran penyertaan (RM15/SGD6).

Anda boleh mengisi“Borang Permohonan Kelayakan Pengedar Pemindahan Hak Produk Shuang Hor”secara dalam talian, serta melunaskan bayaran (yuran penyertaan). Syarikat akan memaklumkan anda melalui e-mel bahawa anda telah berjaya menyertai Shuang Hor.

Atau

Membeli satu set “Borang Permohonan Kelayakan Pengedar Pemindahan Hak Produk Shuang Hor”(RM1/SGD0,50) di kaunter Pusat Pembekalan Produk, mengisi borang tersebut dengan lengkap dan serahkan bersama yuran penyertaan kepada kakitangan bertugas untuk menguruskannya.

Jika anda mempunyai saudara yang menjadi Pengedar Shuang Hor, anda boleh mengisi nombor keahlian Pengedar dan nombor telefon saudara anda di ruang penaja semasa mengisi “Borang Permohonan Kelayakan Pengedar Pemindahan Hak Produk Shuang Hor”secara dalam talian.

Jika anda tidak mengenali sesiapa pun yang menjadi Pengedar Shuang Hor, Sistem akan secara automatiknya melantik seorang Pengedar Shuang Hor untuk menjadi penaja anda.