Peluang Perniagaan
Peluang Perniagaan
Perniagaan Shuang Hor mempunyai kelebihan menyeluruh yang tiada tolok bandingnya:
- Tidak perlu melabur.
- Tidak perlu menyimpan stok.
- Membantu diri sendiri dan orang lain.
- Peluang yang sama.
- Perkembangan yang tidak terhad.
Perniagaan Shuang Hor mempunyai banyak kelebihan, termasuk produk yang berkualiti, sistem bonus yang adil dan saksama, sistem pendidikan yang kuat dan tunggal, berbagai jenis alat bimbingan yang mudah dan berkesan untuk memperkembangkan perniagaan, pasaran seberang laut yang luas, peluang perniagaan yang tidak terbatas dan kumpulan pentadbiran yang profesional. Semua kelebihan ini dapat membantu memperkembangkan Perniagaan Shuang Hor anda supaya dapat melangkah ke arah kejayaan. Yang pentingnya ialah memberi peluang kepada diri, mengorak langkah kejayaan yang pertama di Shuang Hor. Kehidupan yang sihat, kaya dan bebas sedang menanti-nantikan pencapaian anda!
Sistem Bonus
Satu perniagaan yang berjaya selain harus mempunyai produk yang berkualiti, sistem bonus yang adil dan saksama juga menjadi faktor terpenting dan galakan kepada pengedar-pengedar untuk mencapai kejayaan. Sistem bonus Shuang Hor adalah berasaskan prinsip keadilan dan kesaksamaan supaya semua pengedar yang ingin menjalankan Perniagaan Shuang Hor mempunyai peluang yang sama untuk mendapat keuntungan.

Sistem Ganjaran
Selain mempunyai sistem bonus yang adil dan lumayan, Syarikat Shuang Hor juga menyediakan 3 jenis ganjaran yang menarik iaitu seminar luar negeri, anugerah kereta mewah dan bonus tahunan Diamond supaya pengedar-pengedar dapat menikmati lebih banyak ganjaran tambahan di sepanjang proses memperkembangkan Perniagaan Shuang Hor.
Seminar Luar Negeri: Pada setiap tahun, Syarikat Shuang Hor akan menjemput pengedar-pengedar yang layak melancong ke luar negeri dengan percuma sebanyak 2 kali. Impian melancong ke luar negeri dapat dicapai dengan menyertai rombongan Shuang Hor. Selama ini, pengedar-pengedar telah melancong bersama-sama Shuang Hor ke banyak negara termasuk Negeri China, Jepun, Thailand, Itali, Perancis, Switzerland, Australia, Afrika Selatan, Korea dan lain-lain.
Diamond Dihadiahi Kereta : Apabila layak menjadi seorang pengedar Diamond, pengedar akan dihadiahkan kereta mewah.
Bonus Tahunan Diamond: Syarikat Shuang Hor akan mengagihkan bonus tahunan kepada semua pengedar Diamond atas sumbangan mereka dalam Perniagaan Shuang Hor.