Institut R&D Bioteknologi

Institut R&D Bioteknologi
Semua produk berkualiti keluaran Kumpulan Shuang Hor mesti dikaji, dibangun dan diuji oleh Institut R&D Bioteknologi sebelum sampai ke tangan pengguna. Produk yang dikawal dengan ketat ini pasti dapat menyakinkan anda. Tujuan penubuhan Institut R&D Bioteknologi Kumpulan Shuang Hor ialah:
- Memastikan kualiti dan kandungan berkesan dalam produk.
- Memastikan baka Lingzhi, proses pembiakan dan ujian.
- Memperbaiki dan menerokai produk berkualiti.
Institut R&D Bioteknologi yang terletak dalam Kilang Yung Kien mempunyai ramai pakar makanan biokimia yang termahir di Taiwan. Berbagai kemudahan dan peralatan yang berteknologi tinggi juga dilengkapkan. Ia bekerjasama dengan Yayasan Penyelidikan Mikrobiologi Taiwan R.O.C., dan juga dengan institusi-institusi akademik yang lain seperti Universiti Kebangsaan Taiwan, Universiti Perubatan Taipei, Universiti Perubatan Chung Shan, Universiti Providence, Universiti Normal Kebangsaan Taiwan, Universiti Kebangsaan Chung Hsing, Institut Penyelidikan & Perkembangan Industri Makanan dan Institut Kebangsaan Penyelidikan Perubatan Cina. Dengan kajian secara luas dan maklumat yang banyak sebagai asas, ia dianggap sebuah pusat perkembangan saintifik yang termoden di Taiwan. Institut R&D Bioteknologi terdiri daripada Bilik Pembiakan Baka, Bilik Pemeriksaan Kualiti, Bilik Penerokaan Produk, kemudahan yang lengkap telah disediakan untuk mencapai misi di zaman moden.

Bilik Pembiakan Baka Lingzhi
Bilik Pembiakan Baka Lingzhi ~ Mencipta Keajaiban
Melalui Bilik Pembiakan Baka dan Ladang Ujian Dalaman, berbagai jenis baka Lingzhi telah dikaji untuk menghasilkan baka Lingzhi yang paling berkualiti. Baka Lingzhi yang dibiak secara besar-besaran dibekalkan kepada Ladang Lingzhi supaya tidak kekurangan bahan mentah untuk penghasilan Lingzhi di Kilang Yung Kien. Kemudahan-kemudahan dalam Bilik Pembiakan Baka Lingzhi termasuk Bilik Pembersihan Inokulasi Baka, Optikal Microskop, Pembedahan Microskop, tangki penyimpanan gas cecair untuk pembiakan baka, kelengkapan untuk menghasilkan habuk gergaji medium pembungkusan beg (dari peringkat campuran habuk gergaji sehingga pengisian), bekas pensterilan tekanan tinggi untuk botol baka dan beg pembungkusan, bilik penyejukan, bilik pengendalian miselia dan ladang kajian. Pakar-pakar telah mengumpulkan hampir 50 ~ 60 jenis baka di mana syarat-syarat pertumbuhan dan kandungan setiap jenis baka telah dikaji dengan terperinci.
Bilik Pemeriksaan Kualiti
Bilik Pemeriksaan Kualiti ~ Menjamin Mutu Produk Yang Dibeli Oleh Pengguna
Selepas dianalisis oleh pakar-pakar menggunakan peralatan yang tercanggih dari Bilik Pemeriksaan Kualiti, keselamatan, kebersihan dan keberkesanan semua produk Shuang Hor adalah terjamin supaya mencapai matlamat menghasilkan produk yang paling berkualiti.
Peralatan yang moden dan berharga dilengkap dalam Bilik Pemeriksaan Kualiti termasuk Spektrofotometer Penyerapan Atom, Kromatografi Cecair Kelajuan Tinggi, Pengesan Tatasusun Fotodiod, Spektrofotometer Inframerah Transformasi Fourier (FI-IB), Kromatografi Gas (GC), Pengesan Fibre Diet, Pengesan Nano-partikel dan sebagainya. Semua peralatan itu dapat mengawal kualiti produk secara tegas.
Bilik Penerokaan Produk
Bilik Penerokaan Produk ~ Melanjutkan Perusahaan
Pakar-pakar makanan biokimia dan pakar-pakar kimia dari Bilik Penerokaan Produk telah mengkaji untuk mempertingkatkan kualiti produk yang asal serta menghasilkan siri produk yang baru supaya perubahan dapat diteruskan.
Terdapat banyak kemudahan kajian dan penyelidikan Lingzhi di sini, seperti kemudahan pengekstrakan, alat pemekatan vakum, alat penghasilan granul, pembekuan vakum, pembiakan cecair, pengeringan vakum, alat pengisaran kelajuan tinggi dan pengesan nano-partikel. Melalui kajian pakar-pakar biokimia, kandungan ekstrak dan pemekatan Lingzhi telah dipertingkatkan, kualiti produk diperbaiki dan menghasilkan produk kesihatan yang bergred tinggi dan berjaya memperoleh berbagai akreditasi makanan kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Taiwan. Dengan usaha Kumpulan Shuang Hor, Lingzhi yang mempunyai keberkesanan ajaib dalam sejarah Cina dan siri produk Lingzhi telah menyerlah kedudukannya di Taiwan serta pasaran antarabangsa melalui kaedah pemasaran yang moden dan penghasilan berteknologi tinggi.