Kembali CETAK

Kandungan: Bifidobacterium Lactis, Bifidobacterium Longum, Serbuk cranberi, Serbuk Raspberi, Serbuk Beri Biru dan Isomalt.

Fungsi-fungsi:

  • Bifidobacterium Lactis: Dapat menguraikan serat atau glikosaminoglikan (rantaian gula) yang sukar dihadamkan oleh usus, menambahkan keasidan usus, menyekat pembiakan bakteria berbahaya serta membantu penghadaman dan penyerapan makanan jenis susu.
  • Bifidobacterium Longum: Mengekalkan keseimbangan flora bakteria usus yang normal, menyekat pembiakan bakteria punca penyakit, mencegah sembelit dan mengawal disenteri. Bifidobacterium Longum membiak di dalam usus besar manusia, ia dapat menghasilkan kumpulan Vitamin B serta pelbagai jenis enzim yang berguna untuk membantu penghadaman, mencegah cirit-birit yang berpunca daripada antibiotik atau bakteria penyebab penyakit. Selain itu, ia juga dapat membantu badan melawan jangkitan, menghapuskan bakteria berbahaya, memperkuat sistem imun dan meningkatkan daya tahan terhadap penyakit usus.
  • Serbuk Cranberi: Antosianidin yang terkandung di dalam cranberi dapat mencegah ancaman E.Coli terhadap saluran kencing; memandangkan 80% - 90% daripada jangkitan saluran kencing berpunca daripada E.Coli, maka kandungan istimewa di dalam cranberi ini dapat menghalang kuman E.Coli melekat di saluran kencing sekali gus mengelakkan jangkitan.
  • Serbuk Raspberi: Berkesan mencegah sembelit.
  • Serbuk Beri Biru: Suplemen berkhasiat antipenuaan semula jadi, dapat menghapuskan radikal bebas, menggalakkan penyingkiran sisa metabolisme.
  • Isomalt: Ialah pemanis tanpa gula dengan rasa manis yang asli tetapi tidak berkalori, pesakit diabetes boleh meminumnya tanpa risau. Ia dapat merangsang aktiviti dalaman usus untuk melembutkan sisa najis, mengurangkan sembel it, menggalakkan pembiakan bifidobacterium, mencergaskan pergerakan mikroorganisma di dalam usus lantas meningkatkan kesihatan saluran usus.

    Makan selepas makan. Elakkan pengambilan bersama dengan air panas atau minuman berkarbonat.

    Apakah Probiotik?
    Probiotik ialah bakteria baik di dalam gastrousus manusia, ia membawakan faedah positif kepada kesihatan manusia. Probiot ik dapat memperbaik keseimbangan mikroorganisma di dalam usus serta melaraskan flora usus dan memperkuat sistem imun usus, amat sesuai untuk melegakan keradangan akibat tindak balas alergi bagi mereka yang sensitif .

    Teknologi Berbilang Penyalutan
    Kebanyakan probiotik yang tidak disalut dengan baik mempunyai kekurangan dari segi ketidakupayaan menahan asid dan tidak dapat bertahan lama lantas akan hilang kecergasannya setelah dihakis asid gastrik. Beri Asli dengan Probiotik Shuang Hor menggunakan teknologi penyalutan berbilang lapisan menyamai suhu badan manusia yang tercanggih, ia bukan sahaja dapat mengatasi kekurangan di atas malah keberkesanannya juga lebih terserlah:

    1. Boleh tahan asid gastrik, boleh simpan lebih lama, selepas melepasi asid gastrik dan hempedu, ia masih kekal aktif serta tidak terjejas dan seterusnya dibebaskan di dalam saluran usus bagi mencapai kesan peningkatan daya imun.
    2. Bahan penyalutan mengandungi serat prebiotik oligosakarida semula jadi yang dapat membantu menstabilkan pembiakan bakteria asid laktik di dalam saluran usus supaya ia tidak cepat dikeluarkan bersama najis.