Kembali CETAK

Kandungan Utama: 100% debunga lebah.

Keistimewaan:

  • Mengandungi 3 jenis kandungan utama iaitu Asid Amino, vitamin dan mineral, terutamanya kaya dengan vitamin B kompleks, kandungannya adalah beberapa kali ganda lebih banyak daripada produk debunga yang lain.
  • Debunga kaya berkhasiat. Ia digelar “makanan sempurna” kerana dapat membekalkan khasiat menyeluruh yang diperlukan oleh badan, membentuk pertahanan yang kuat untuk mencegah penyakit.
  • Bahan mentah dipilih dari bahan debunga yang berkualiti, kemudian dihasilkan dengan teknologi yang canggih.
  • Ia berwarna kuning keemasan, tiada bendasing, berbau wangi dan bersifat lembut, ia sesuai dimakan oleh semua orang termasuk orang tua dan kanak-kanak.
  • Tiada bau hanyir atau bersifat kasar seperti produk debunga yang lain. Ia berkualiti tinggi berbanding dengan produk debunga yang lain.
  1. Di atas kotak, label botol dan risalah debunga ada menyatakan bahawa debunga mungkin menimbulkan reaksi alergi, mengapakah perlu menyatakannya?
    Jawapan: Perkataan itu adalah diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua jenis makanan kesihatan yang mengandungi debunga seperti madu, madu ratu lebah dan lain-lain.

  2. Adakah pengambilan debunga boleh menimbulkan demam alergi?
    Jawapan: Demam alergi berpunca daripada debunga bawaan angin. Biasanya debunga bawaan angin bersaiz halus dan ringan, apabila dihidu ke dalam trakea mukosa, ia akan menghasilkan dos alergen lalu membawa demam alergi. Manakala debunga bawaan lebah atau bawaan serangga lebih berat dan tidak menyebabkan reaksi terhadap manusia, sebaliknya dapat membentuk pertahanan terhadap demam alergi debunga bawaan angin. Yung Kien Pollen tidak akan menyebabkan reaksi alergi dan boleh dimakan dengan selamat.

  3. Di antara debunga, madu dan madu ratu lebah, yang manakah lebih baik?
    Jawapan: Debunga ialah makanan berkhasiat yang paling sempurna kerana kandungan khasiat debunga adalah paling banyak dan lengkap, nisbah khasiatnya sama dengan keperluan badan. Madu hanya kaya dengan karbohidrat, manakala kandungan vitamin, mineral dan proteinnya sangat rendah. Walaupun madu ratu lebah juga mengandungi protein, mineral, karbohidrat, lemak dan lain-lain, namun nisbah kandungan khasiat itu tidak sama dengan keperluan badan. Oleh itu, debunga lebih sesuai untuk badan manusia berbanding dengan madu dan madu ratu lebah.

  4. Kebanyakan multi-vitamin dalam pasaran juga mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan oleh badan manusia, adakah multi-vitamin itu setanding dengan debunga?
    Jawapan: Kebanyakan multi-vitamin dalam pasaran ialah vitamin sintetik yang tidak dapat diserap atau dipergunakan sepenuhnya oleh badan. Sesetengah multi-vitamin yang kurang berkualiti mungkin akan memberi beban kepada badan atau menimbulkan keracunan. Sebaliknya debunga ialah sejenis makanan semula jadi yang tiada sebarang kesan sampingan, ia boleh dimakan setiap hari dan tiada had kuantiti pengambilannya. Ia tidak akan bertimbun dalam badan sehingga menimbulkan rasa kurang selesa. Selain itu, kandungan khasiat dalam debunga adalah lengkap dan berbagai, ia sangat mudah diserap oleh badan.

  5. Apakah larangan ketika mengambil debunga?
    Jawapan: Tiada sebarang larangan ketika mengambil debunga, ia boleh dimakan terus atau dimakan bersama air kosong, jus buah-buahan, susu dan lain-lain. Jangan memasukkan debunga ke dalam air untuk dimasak atau dibancuh dengan air yang sangat panas kerana cara begini akan merosakkan struktur asid amino aktif dan enzim aktif dalam debunga lalu merosakkan fungsinya.